Tuesday 18 August 2020

Doa Hari Rabu

.
*Doa hari Rabu*

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ*
*اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.*

_*Ya Allah,*_
_*Kami berlindung kepada Mu dari kejahatan diri kami,  sungguh nafsu menyuruh jami pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhan kami..*_
_*Kami berlindung kepada Mu Ya Allah dari kejahatan syaitan yang menambah dosa-dosa jami.*_
_*Kami berlindung pada Mu Ya Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang Mu, dari semua pemerintah yang kejam.*_
_*Ya Allah,*_
_*Jadikan kami diantara tentera Mu, karena tentera Mu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan kami diantara kekasih-kekasih Mu, karena kekasih Mu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan. Ya Allah Baikkan agama kami, karena itulah sandaran pegangan ajaran kami, Baikkan akhirat kami, karena itulah kampung akhir kami, Baikkan lah akhlak kami kerana itulah tempat lari diri kami menjauhi kejahatan kami. Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, jadikanlah kematian tempat istirehat yang cukup mengamankan, Ya Allah sampaikan shalawat kami kepada Muhammad saw., kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya. Berilah ksmi pada hari ini 4 perkara:*_
_*Jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali   maafkan.*_
_*Jangan biarkan pada diri kami  kesakitan kecuali Engkau hilangkan.*_
_*Janganlah Engkau berikan pada kami lupa kecuali Engkau hindarkan.*_
_*Jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau tolakkan.*_
_*Dengan Asma Mu Allah, sebaik-baik asma. Dengan Asma Mu Ya Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya. Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya. Akhirilah hidupku dengan keampunan..*_
*اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ*

*رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ*

*رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*

*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ*

*وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.*

.

Saturday 15 August 2020

Perkara yang kena ambil tahu jika ada kematian

Duit Khairat Kematian
Ada Lebih 10 tempat tuntut Khairat Kematian. 
Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)

Sini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian KHAIRIAH MASJID
▪Sekitar Rm 500 - Rm 5,000✅
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

→ 2. Khairat Kematian PERKESO 
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO✅

→ 3. Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP✅

→ 4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam✅

→ 5. Khairat Kematian BANK RAKYAT
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

→ 6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 - RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati✅

→ 7. Khairat Kematian SKIM TAKAFUL
▪RM 2,000 - RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful

→ 8. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
▪RM 500 - RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi✅

→ 9. Khairat Kematian PENCEN
▪RM3000✅

10. LAIN-LAIN
▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?

↗️ Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Nasihat sy, lps ni, jika takde akaun bank rakyat, sila buka akaun bank trsbt. Insya allah ada manfaat. Bank ini adlh satu2nya bank yg ada khairat kematian.🎦

Yg bekerja sendiri, yg tak carum dlm kwsp dan perkeso, sila carum sukarela. Pegila hadap peg kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. Sgt2 membantu dgn bantuan.🎦

↗️ Yg takde insuran/takaful diri, sila la beli takaful dgn kadar yg mampu. Tak perlu nak beli caruman yg mahal tp hanya mampu byr utk 3bln shj. Kalu tak mmpu sgt, beli la PA Insuran je. Cukup murah tp membantu waris jika terjadi apa2 nnt

☑️ *Biarkan waris kita menangis krn kehilangan kita, jgn waris kita menangis krn terbeban krn kehilangan kita...*

Saya copy dari group whatApps.

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua Salam 16 Ramadhan.  Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia...