Sunday 30 March 2014

Captain America

Dari kecik hingga ke tk kecik... aku memang minat dgn movie2 superhero. Selain dr imaginasi tahyul yg cuba ditonjolkan kt movie... ada perkara yg boleh aku hadam.
1) team work
2) co operation
3) help others
4) hi technology
5) hero2nya hensem!. 
Alaaa.. byk lagi...  jgn la tgk sajer.. tgk dgn otak yg positif.

Friday 28 March 2014

Saya bersyukur

Ya Allah... aku bersyukur dgn segala anugerah yg telah Kau kurniakan kpd diriku ,
 ( anugerah yg tidak dpt nk banding nilaiannya) dari aku tiada apa2 hingga  apa yg aku miliki , nikmati, kecapi dll ke saat ini.  Terima Kasih Ya Allah.
Semoga aku dpt siap kerja sekolahku dgn jaya  dan gembira.

Thursday 27 March 2014

Brilliant people

Org kata... org tua ni org bijak. Minggu lps aku ada bincang dgn adik aku... pasal belaja. Kenapa org bleh capai lebih jauh dari kita. Apa yg org lain buat. Adik aku kongsi satu perkara: katanya professor nya... untuk jd bijak.. kita kena byk bersujud. Bermaksud kita kena byk solat. Solat yg sempurna khushuk.. 

Wednesday 26 March 2014

Sukarelawan RichWorks

Byk org kata... apa yg kita terlintas kt hati. Tersilap niat. Sengaja niat.. itulah doa... sewaktu aku hadir ke seminar... hati aku selalu kata... Wahhh camana nk jadi sukarelawan jugak... tiba2. Dpt offer. Bermaksud: setiap perkara yg kita wifi kepada minda.... akan jd kenyataan dengan kuasa Allah.

Nama lagi

Di fesbuk sy ..ada 48 org yg nama Amalina...
Semuanya sy tk penah kenali. tertapi di setiap hari lahir mereka,
aku insyaAllah wish " Happy Birthday Amalina"
Tp cuma sorang yg sempat kenal. Sbb aritu ada bg mug free kpd Amalina.
Naper ada grup amalina.
Sbb ada 1 kali aku tgk oprah kt tv. Si mamat omputeh ni... dia berkenalan dgn 7 org yg sama nama dgn nya. Dia travel pegi
Berkenalan dgn 6 org lagi....

Tuesday 25 March 2014

Sepuluh markah

Betul ker ni... pakai baju harley davidson  dpt 10% untuk subject global marketing.
Ngeh!...  sapa ada.. bg sy pinjam jap!...
Atau sy cuma bawa..replika harley. D.  . Hahaha. 

Khat Nasakh

Makna nama kita sendiri...
Masing2 tau tk...
terima kasih ibu dan ayah sbb bg nama yang comel kpd aku... Alhamdulillahh!
www.tinyurl.com/contactamalina

Krepek Pisang

Sedap. Rangup. Rasa masin2. hari tu ada 2 bungkus... ramai yg dpt mkn. Skrg dh separuh.

Time & Gold

Masa itu emas
Emas itu duit
Duit itu ......

Monday 24 March 2014

Kepada Amalina






















Bismillah.

Kepada Amalina
yang dirahmati Allah.


Saya doakan Amalina
dideraskan rezeki yang berkat
serta tiada habisnya seperti
makhluk Allah yang sentiasa
mengelilingi Kaabah, sentiasa
dalam keampunan dan peroleh
rahmat-Nya.

Aamiin ya Rabb.

Amalina, adakalanya kita sering
melakukan dosa yang sama.

Walau tahu dan sedar itu adalah
dosa, kita tetap lakukan. Nafsu
yang merentasi iman membuat
kita kalah dalam bermujahadah.

Suatu saat, Allah beri kita sapaan.
Sapaan yang buat kita tangisi
dosa itu. Namun, kita tetap buat lagi.
Terasa bersalah dengan Allah.

"Apakah Allah akan ampunkan
aku, walau kerap kali aku memohon
ampun, tetapi masih buat lagi?"

"Aku tak mampu berubah Allah.
Kau tolonglah aku berhijrah
mendekatkan diri dengan-Mu.
Aku lemah Allah."

Andai dulu kita ahli tahajud,
suatu saat kita jadi ahli tinggal
tahajud.

Andai dulu kita soal awal waktu,
suatu saat kita jadi seorang
selalu lewatkan solat.

Andai dulu kita rajin baca Al Quran,
suatu saat kita jadi seorang
yang malas baca Al Quran
walau 1 ayat.

Andai dulu kita rajin bersedekah,
suatu saat kita jadi seorang yang
kedekut.

Amalina,

Hidayah dan Taufiq, Allah boleh
beri dalam masa kurang 1 saat,
dan tarik dalam masa kurang 1 saat.

Oleh sebab itu, andai kita beriman
kepada Allah dan hari akhirat,
berkatalah baik atau diam.

Boleh jadi, di saat ini, kita adalah
orang yang rajin bertahajud.
Tetapi saat yang lain, Allah buat
kita jadi ahli tinggal tahajud.

Boleh jadi, di saat ini, kita adalah
orang yang tidak menutup aurat.

Tetapi saat yang lain, Allah buat
kita jadi orang yang paling
sempurna penutupan auratnya.

Katakanlah (wahai Muhammad):

"Wahai hamba-hambaKu yang
telah melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat),

janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya
Allah mengampunkan segala dosa
sesungguhnya Dialah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az Zumar: 53)

"Seluas-luas pintu di dalam Islam
adalah pintu taubat."

Allah menyatakan : "Wahai hambaku,
jika dosamu itu sampai ke langit,
kemudian engkau beristigfar,
engkau pohon keampunan daripada-Ku,
Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli"

Tercoret satu kisah ...

Seorang hamba Allah ini melakukan
maksiat. Dia ingin bertaubat dan
ingin terus bermujahadah untuk
tidak mengulangi perbuatan
maksiatnya lagi.

Sedang dia bermujahadah,
dia tergelincir.

Kata Allah : Hamba-Ku itu tahu
dia ada Tuhan yang boleh ampunkan
dosanya, dan bertindak padanya,
Aku ampun dia."

Kemudian dia duduk beberapa lama,
bertaubat sungguh-sungguh, kemudian
tidak tahu bagaimana dia tergelincir lagi.

Hamba Allah berkata : Wahai Tuhan,
aku telah buat dosa lagi,
ampunkanlah daku.

Allah berkata : Hambaku itu tahu
bahawasanya baginya ada Tuhan
yang boleh mengampunkan dosanya,
dan bertindak padanya,
Aku ampun dia."

Selagi mana dia ikhlas untuk
bertaubat, dia tergelincir lagi.

Allah berkata : Sesungguhnya
hambaku itu tahu dia ada Tuhan
yang boleh ampunkan dosanya
dan bertindak padanya,
Aku ampun dia."

Refleksi: Jangan pernah mengalah
untuk menyerah kepada Allah,
walau berkali-kali menjauh dari-Nya.

Astagfirullah.

sedih melanda

tanpa kata---innalillah wa inna ilaihi rojiunn. semoga semuanya dalam rahmat Allah yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang. al Fatihah...

Jom balik


Pulang, marilah pulang,
G C
marilah pulang bersama-sama.
F C
Mari pulang, marilah pulang,
G C
marilah pulang bersama-sama.

IMKK 2014

1 st draft... ada masa boleh tambah dan ejas mana yang perlu. Last tulis target hidup masa lepas spm. masih lg tersimpan elok.. cuma kertas dh kuning.











Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang… Alhamdulillah hari ke TUJUH dari pulang IMKK 2014  (13- 16 Mac )  jam 7 pagi  yang penuh ceria dan indah ini  sy : NIK AMALINA BINTI NIK ISMAIL akan catat 101 MATLAMAT HIDUP.
BISMILLAH HIRRAH MAA NIRRAHIM
101 MATLAMAT HIDUP SAYA
NAMA : NIK AMALINA NIK ISMAIL
IMKK 2014 (GENERAL)
TARIKH TULIS: 23 MAC 2014
MASA TULIS : 7 PAGI
BILANGAN HARI : HARI KE 7; IMKK

1)      Insya Allah setiap hari saya akan bangun awal pagi iaitu 2 atau 3 jam sebelum subuh.
2)      Saya akan solat 5 waktu awal waktu walau apa cara keadaan
3)      Saya tidak akan tinggal solat sunat subuh
4)      Saya tidak akan tinggal solat sunat sebelum zohor
5)      Saya akan selalu solat hajat
6)      Saya akan solat sunat taubat
7)      Saya akan solat sunat tahjud
8)      Saya akan solat sunat istikhorah
9)      Saya akan solat isyrak – (hari berada di rumah)
10)   Saya akan solat dhuha
11)   Saya akan bersolat jamaah
12)   Saya akan hadir majlis-majlis ilmu agama di masjid
13)   Saya akan membaca Al Quran setiap hari
14)   Saya wajibkan diri saya membaca wirid setiap pagi lepas subuh
15)   Saya mesti berzikir Subhanalllah 300 kali setiap hari
16)   Saya mesti berzikir Alhamdulillah 300 kali setiap hari
17)   Saya mesti berzikir Allahu Akbar 300 kali setiap hari
18)   Saya mesti berIstghfar setiap hari 300 kali
19)   Saya mesti berselawat 100 kali setiap hari
20)   Saya mesti habiskan membaca terjemahan seluruh Al Quran sebelum 2015
21)   Saya akan belaja Al Quran hingga lancer selancarnya
22)   Saya akan sentiasa berhubung dengan ibu saya setiap hari (jauh beb)
23)   Saya akan menghantar duit bulanan kepada ibu saya RM1000 sebulan (2014)
24)   Saya akan menghantar duit bulanan kepada ibu saya RM2000 sebulan (2015)
25)   Saya akan menghantar duit bulanan kepada ibu saya RM3000 sebulan (2016)
26)   Saya kana keluar pegi kerja awal-awal pagi
27)   Saya akan buat setiap kerja saya dengan pantas dan cepat dengan kualiti yang tinggi
28)   Saya target untuk bergaji bulanan RM16 ribu sebulan di Permodalan YaPEIM Sdn Bhd
29)   Saya target saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus sebelum 2015
30)   Saya mendapat keputusan 4.0 untuk final MBA
31)   Saya akan apply sambung belaja phd kat UM  (5/4 (2014)– bawah selian Dr. Suhaili
32)   Saya akan target tamat phd  pada tahun 2016
33)   Saya akan sertai PLATINUM- University of Life (Dr Azizan Osman)
34)   Saya akan sertai Malaysia Insurance Institute dengan target akan jadi pakar insurance
35)   Saya akan selesaikan semua peperiksaan MII dan IBFIM bagi sijil bahagian C seblm 2015
36)   Saya akan beli landed house yang hampir dengan tempat kerja sebelum 2016
37)   Saya mahu rumah idaman saya berkonsepkan digital house
38)   Saya mahu membeli Lexus IS250 warna hitam no plat WSV5979
39)   Saya juga mahu mini cooper warna biru plat XXX5979
40)   Saya mahu beli Toyota Vefire putih untuk saya gantikan DD2021 milik arwah ayah saya
41)   Saya mahu beli sebuah basikal untuk saya bersiar-siar waktu petang di taman.
42)   Saya mahu miliki DSLR Nikon teknologi terkini pada tahun 2014
43)   Saya mahu set lengkap computer DELL berskrin besar giler pada tahun 2014
44)   Saya mahu beli DLP (Projektor skrin besar)
45)   Saya mahu beli sound system yang bagus
46)   Saya akan belaja photoshop.
47)   Saya akan berkahwin dengan lelaki yang memahami hidup saya – Insya Allah
48)   Saya mahu berpuas di Mekah bersama ibu saya yang tercinta pada ramadhan 2014 – InsyaAllah
49)   Saya mahu ke Paris hujung tahun 2014 bersama adik-adik saya dan suami (jika ada)
50)   Saya mahu ada duit tunai RM Sejuta sebelum 2016
51)   Setiap akaun ada RM200K
52)   Saya akan deposit maksimum RM50K di Koperasi tempat saya kerja
53)   Saya akan deposit maksimum RM200K ke ASB
54)   Saya akan usaha untuk miliki dan buka stesen minyak Petronas
55)   Saya ada rangkaian perniagaan – online based – business intelligent
56)   Saya akan menyumbang kepada madrasah di kampung saya setiap bulan
57)   Saya akan membantu adik-adik saya
58)   Saya akan membantu anak-anak saudara saya
59)   Saya akan biaya yuran belaja adik-adik saya untuk mereka sambung belaja
60)   Saya akan sentiasa jaga kesihatan
61)   Saya akan sentiasa jaga berat badan saya
62)   Saya akan miliki rangkaian kedai dan rumah sewa
63)   Saya mahu ada 5000 rakan maya di FB sebelum 2015
64)   Saya akan ikuti kelas saham Dr Nazri dan Haji Asri tahun 2014
65)   Saya akan pastikan semua kerja-kerja saya boleh dicontohi (jika sesuai) oleh orang-orang lain
66)   Saya akan belaja prezi
67)   Saya akan belaja power point hingga jadi pakar
68)   Saya berdoa share IPO saya bernilai RM5.8 juta menjadi kenyataan
69)   Saya akan langsaikan segala hutang
70)   Saya akan selesai duit-duit orang yang tidak pernah mendapat pulangan (waktu saya urus xx)
71)   Saya akan sentiasa senyum
72)   Saya akan belaja kek dan roti
73)   Saya bercita –cita akan miliki kedai roti muslim
74)   Saya akan tunaikan ibadah haji sebelum umur 40 tahun – Ya Allah panjangkan umurku
75)   Saya usaha untuk punyai banyak masa bersama keluarga tercinta
76)   Saya mengidam mempunyai suami yang baik hati
77)   Saya mengidam mempunyai suami yang bukan pemarah
78)   Saya mengidam mempunyai suami yang berjiwa besar
79)   Saya mengidam mempunyai suami yang sangat rajin bekerja
80)   Saya mengidam mempunyai suami yang sihat tubuh badan
81)   Saya mengidam mempunyai suami yang jaga agamanya
82)   Saya mengidam mempunya suami yang tidak merokok
83)   Saya mengidam mempunya suami yang ringan tulang
84)   Saya mengidam mempunyai suami yang tidak kedekut
85)   Saya mengidam mempunyai suami yang bertanggunjawab
86)   Saya mengidam mempunyai suami yang tahu baca Al Quran
87)   Saya mengidam mempunyai ibu dan bapa mertua yang sangat baik hati
88)   Saya akan melancong ke Seluruh Europe
89)   Saya akan pastikan semua adik beradik saya 10 orang Berjaya & kaya raya seperti saya
90)   Saya akan pastikan semua anak-anak saudara saya cemerlang akademik dan akhlak
91)   Saya mahu menjadi pakar dan konsultan pemasaran
92)   Saya mahu menjadi borker insurance
93)   Saya akan sentiasa menolong orang-orang lain
94)   Saya akan berkongsi dengan sukarela segala pengetahuan yang Allah berikan kepada saya
95)   Saya akan bantu kawan-kawan saya yang mahu mendapat tip-tip pemasaran
96)   Saya mahu bersara awal – jika saya capai kebebasan kewangan dengan cepat.
97)   Saya akan menjaga hubungan silaturrahim
98)   Saya akan sentiasa meningkatkan kemahiran diri dari segi pendidikan
99)   Saya akan sentiasa posititif dan bersangka baik dengan semua orang
100)                       Saya mahu menjadi pembayar zakat yang paling terbanyak
101)           Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim… tuhan segala isi alam , kabulkan segala permintaan baikku, ampunilah segala dosa-dosaku yang lampau , yang sekarang , yang akan datang. Ampuni lah dosa ibu bapa ku, masukkan ibu bapa ku ke dalam syurgaMU, Ya Allah, panjangkan umurku dalam kebaikan, kuatkan semangatku, tempatkan aku bersama-sama orng soleh dan tempat yang terbaik, tambahkan aku dengan ilmuMu yang Maha Luas. Jauhkan aku dari azad kubur dan seksa nerakaMu.

Saturday 22 March 2014

Pray4 Us...

Bagi aku... inilah subject kecut perut dari  13 subject yang hampir lesai sepanjang 2 tahun 6 bulan. ..

Final Sem

Rasa sesak nafas balaja... apa pun perjuangan mesti diteruskan dgn  semangat kobar2.  Doakan kami semua satu kelas lulus cemerlang.

Friday 21 March 2014

Thursday 20 March 2014

SPM 2014

Sekalung TAHNIAH kpd semua calon2 spm atas keputusan  cemerlang yg begitu membanggakan.... apa pun jumlah A/ B/C D..atau e skali pun yg diperolehi... banggalah!.. perjuangan masih panjang dan bukan setakat ini shj... terus pandang maju ke hadapan dengan semangat yg kobar2.

Wednesday 19 March 2014

Fanatik Superman

Ada org tanya... apsal ekk ko minat sgt ngan superman....  

Take Five!

Rehat sebentar bersama kit kat: terima kasih kpd adikku Nik Adilah Sufiah binti Nik Ismail atas kiriman  seplastik kit kat.  Katanya... sempena birthday sy.. woww. Setiap hari birthday.  Best2.  Elloww Adilah. . Blaja bagus2. Jgn  byk buang masa supaya tk nyesal yer.  Masa jd pelajar laa plg best..

Thursday 13 March 2014

Welkam world

Try and adjust and never give up! Be fun bebeh. Tgh test blog.. sbb sekejap berjaya upload sekejap tk berjaya upload. Camana nk tulis panjang2 kt blog.

Wednesday 12 March 2014

Senyum

Selamat bertongkat yer Hassan...moga2 dpt gi sekolah mcm biasa... teringat masa aku masud wad kat Raub  beberapa tahun lepas. Sbbnya masa tu aku jatuh dan muntah. Doktor tahan kat wad 3 hari. Kiri aku makcik hindu.. sakit kencing manisss. Kanan aku makcik buddha... ( lupa la sakit apa) ... masa tu jugak aku curi telekong smaye kt masjid Raub ( sbb masa aku jatuh dan di antar ke spital Raub , aku tk bawa apa2. ) kejadian ptg. Hampir mahgreb.  Apa pun.. telekong smaye yg aku amik dgn sengaja tu
. Aku basuh dan pulangkan semula  ke tempat asal setelah aku kuar dr wad. Hari kejadian ialah 19 Ogos 2008.

Saturday 8 March 2014

Senyum

Pertama Terima kasih kpd marlina mokti sbb snap gamba ni.
Kedua masih senyum lg walaupun baru langgar keter org td
Ketiga aku bukan peminat harley sebenarnya
Keempat assignment sgt byk nk kena buat
Kelima ...habis daa.

RM5.50 Tawar

Dah byk kali aku lalu jln ni... iklan coconut shake.. besar terpampang.  Slalu lalu jer.. aku tk singgah.  Tp hari ni aku singgah. Penjual tanya nk besar ke kecik. Aku jawab besar. Berapa.. RM5.50... aku pun minum.... wahhhh tawar. Tk sedap.  Otak aku asik pikir apsal laa org slalu jual yg tk sedap...  lps ni InsyaAllah tk singgah. Baik aku beli float kt Mc D... mahal tp sedap.... tp ramai yg beratur kt kedai coconut shake td. Cuaca pun elok.panas terik. Dahaga air...

Thursday 6 March 2014

The Next...

Ni pun satu tempat lg yg aku nk bertapa... InsyaAllah.  Ya Allah mohon Kau permudahkan segala kerja buatku yg baik. Peliharalah diriku dgn segala kebaikan Mu.

Superman

Skrg dh Mac... tp aku masih duk ingat kesedapan kek Superman. Selain sedap ada perkara yg aku akan ingat lg... nati nk request yg Batman lak. Hehehe.

Rindu

Niat hatiku... aku nk berkunjung lagi ke tempat jam ini.  InsyaAllah. Masih ingat dgn kuat setiap langkah jalanan yg aku lalui. Bestnya.

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua Salam 16 Ramadhan.  Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia...