Saturday 9 April 2016

Layan saham

7 Langkah Memulakan Pelaburan Saham Untuk Pelabur Baru

7langkah

Tidak ada orang yang lahir-lahir terus pandai melabur saham.

Semuanya bermula dengan zero.

Kalau nak tunggu pandai baru nak bermula, sampai bila-bila takkan pandai. Sebaliknya, mula dahulu supaya jadi pandai.

Jadi macam mana nak bermula dulu supaya jadi pandai tu ? Begini.

1) Buka Akaun CDS & Akaun Trading

Sediakan RM 10.60 dan pergi jumpa remisier / dealer.

Mereka ini bertugas dengan syarikat broker berlesen.

Senarai syarikat broker ini ada di laman web Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com). Rajinlah sikit cari info sendiri, jangan tunggu disuap sahaja. Kalau nak cari senarai syarikat broker pun perlu disuap, payah tu nanti nak buat analisa saham sendiri.

Memandangkan tuan membeli saham secara tunai, maka tak perlu tunjuk slip gaji. Maka, apabila tak perlukan slip gaji, sesiapa yang berusia 18 tahun dan ke atas dah dapat buka akaun. Sama ada tuan seorang pelajar, penganggur atau pun suri rumah.

Ada simpanan secukupnya dah dapat bermula.

2) Belajar Guna Online Trading Platform

Lepas dah siap akaun, belajar lah sikit dari remisier / dealer tu.

Bukan semua benda dapat tahu dari internet. Lebih-lebih kalau tak berapa celik IT. Berhenti mengadap komputer / smartphone dan jumpalah orang sebenar i.e. remisier / dealer yang jaga akaun tuan tu.

Belajar apa ?

Cara guna online trading platform syarikat broker itu lah. How to buy, how to sell, macam mana nak masukkan modal dan seterusnya. Perkara-perkara teknikal semacam itu.

Apa-apa tak faham bab teknikal sebegitu, kena terus tanya remisier / dealer.

Itu tugas mereka untuk membantu tuan berjual beli guna trading platform tu.

3) Masukkan Modal

Berapa ?

Ok, berapa duit lebih yang tuan ada sebulan ?

Susah sangat, sediakan sejumlah modal yang sama jumlahnya dengan langganan televisyen berbayar yang beratus-ratus tu setiap bulan. Kalau tuan dapat kayakan tauke syarikat televisyen berbayar tu setiap bulan, maksudnya tuan dapat kayakan diri sendiri juga.

Atau, masukkan modal yang jika tuan rugi 100% sekalipun tidak jatuh miskin.

Minimum beli saham adalah 1 lot, bersamaan 100 unit.

Kalau harga saham tu RM 0.40, maka RM 0.40 x 100 = RM 40.00 (sebelum kos brokerage dan lain-lain)

Kalau harga saham tu RM 4.00, maka RM 4.00 x 100 = RM 400.00 (sebelum kos brokerage dan lain-lain)

4) Terus Beli 2,3 Syarikat Dulu

Jadi bulan pertama, beli 1 lot saham A dengan jumlah modal tu.

Bulan kedua, beli 1 lot saham B pula. Bulan ketiga, beli 1 lot saham C pula.

Takde idea nak beli apa ? Mudah sahaja nak beli saham ni. Bayangkan …

Sekejap tadi, jam 10 pagi, tuan singgah stesen minyak.

Selain nak isi minyak, tuan berasa haus, lalu membeli sebotol air mineral Spritzer yang dingin , bertudung botolkan warna hijau.

Belek-belek botol. Syarikat ini beralamat di Taiping, Perak.

Sambil beratur untuk bayar di kaunter, buka Google. Search Spritzer. Baca punya baca. Eh, syarikat awam berhad rupanya. Sahamnya dapat dibeli di Bursa Malaysia. Shariah compliant lagi.

Eh, syarikat jual air pun ada di Bursa Malaysia ?

Macam mana nak beli sahamnya ?

Adakah tuan kena pergi ke Taiping, ketuk pintu pejabat, jumpa CEO, jumpa CFO ?

Oh, tidak perlu.

Lepas isi minyak. Parking kereta tepi.

Tuan login trading platform. Klik buy @ market price. Atau,
Tuan login guna apps. Klik buy @ market price.
Tunggu sekejap. Done.

Syarikat Spritzer juga ada rekod memberi dividen setiap tahun.

Itu sahaja ilmu ‘pelaburan’ yang tuan perlu tahu… setakat ini.

5 pembelian pertama saham kita adalah langkah pertama nak kenal dunia saham.

Kita membuat pelaburan pertama dalam keadaan kita masih bodoh dalam logik pelabur saham. Pembelian-pembelian tersebut memang DIJAMIN rugi. Tak perlu takut dengan kesilapan. Tak buat silap, tidak akan jadi pandai.

Dah buat, dah rasa sendiri turun naik harga, baru kita tahu apa sebenarnya yang kita tidak tahu.

Waktu itu baru berbaloi masuk kelas. Baru berbaloi untuk baca buku. Baru lah dapat menjadi pandai.

5) Baru Pergi Belajar Secara Formal

Tak perlu habiskan duit beli buku dulu.

Usah sibuk pergi kelas dulu.

Terus bertindak, buka akaun dulu dan beli saham secara hentam sajalah dengan modal yang kalau rugi 100% tak jatuh miskin. Nak berteori sangat, sila masuk universiti.

Apabila dah melakukan perkara ini, maka tuan dapat melalui fasa tak tahu yang seterusnya iaitu – tidak tahu nak buat apa pula apabila sudah bermula. Ketika ini barulah pergi belajar strategi-strategi pelaburan saham melalui seminar / buku / coaching dan sebagainya.

Waktu tu, baru seronok pergi kelas. Faham
Baru best baca buku. Cerah.
Barulah tahu nak tanya soalan apa. Dah ada pengalaman.
Bercakap mengenai strategi pelaburan saham, menurut Benjamin Graham, iaitu sifu kepada Warren Buffett, sekurang-kurangnya 4 strategi pelaburan saham.

i. Beli ketika pasaran saham jatuh teruk secara keseluruhannya

Bust!

Beli ketika semua orang menjual.

John Templeton membeli 104 syarikat ketika era Great Depression, 34 daripadanya bankrap dan nilai pelaburannya berkembang sekurang-kurangnya 4x ganda, beberapa tahun kemudian.

ii. Beli syarikat yang nilainya berpotensi untuk berkembang

Syarikat ini ada masa depan.

Strategi yang agresif.

Perlu ada kemahiran mengenal pasti bisnes yang berpotensi dan membelinya sebelum semua orang tahu. Jika syarikat tu dah jadi saham yang hot, maka jangan kejar untuk beli.

iii. Beli syarikat yang dijual pada harga yang lebih murah dari nilai

Mengambil kesempatan dari kegilaan Mr Market.

Atau sentimen turun naik harga pasaran saham. Iaitu apabila harga saham jatuh tetapi nilainya tetap atau menaik.

iv. Special situation.

Seperti arbitrage. Spinoff. Merger. Acquisition dan lain-lain.

Untuk tahu 2 strategi pelaburan saham dari 4 strategi yang disebutkan itu, sila dapatkan Tutorial Online Panduan Saham Untuk Pelabur Baru; Ubah Gaji Jadi Harta. Tuan dapat baca dulu contoh bab dalam tutorial online tersebut dengan klik link di bawah:

— Tutorial Online Panduan Saham

6) Kalau Malas Buat Analisa, Berhenti Melabur Saham

Dah belajar secara formal dan masih tak mahu analisa, tak perlu melabur saham.

Untung besar mahu, buat kerja tak mahu. Itu tak betul.

Sama ada nak guna strategi baca carta saham atau baca penyata kewangan, kena rajin buat analisa sendiri. Orang yang rajin buat analisa saham ni selalu bermula dari asas yang sama, iaitu dia ada disiplin simpan duit. Kalau simpan duit pun tiada disiplin, bila mula beli saham nanti memang timbul cerita pasal rugi sahaja.

Terima kasih, kerana bertanya.

Sila pakai duit sendiri, bukan duit hutang dan pinjam meminjam.

7) Bersedia Untuk Rugi

Beli-beli untung.

Jangan rasa dah hebat sangat.

Kalau dapat untung cepat, itu bonus. Nasib baik sahaja tu. Sila beri masa 3 tahun untuk belajar selok-belok pelaburan dalam dunia sebenar. Tempoh 3 tahun pertama ini adalah tempoh lesen ‘P’.

3 tahun pertama gunakan modal yang sanggup rugi 100%. Lepas tengok dah dapat buat untung secara konsisten, baru gunakan modal yang serius. Iaitu modal yang memang untuk grow the  money.

Kalau rugi ?

Memang sudah disebut awal tadi, pelaburan saham DIJAMIN rugi.

Selaku orang yang bijaksana, tuan dapat rasa jika pelaburan saham ini adalah jodoh tuan untuk kembangkan harta selama 30 tahun. Jika tidak serasi, sila berhenti urus pelaburan saham sendiri.

Tuesday 5 April 2016

Sayang Mak

Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau pasni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"
Amek peluang terakhir ni..
Usap rambut mak...mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah.. Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan taik aku..
Mak dukung aku.. mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau takleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita semayang..
Arini kita semayangkan mayat mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tanak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu,
ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Skrg kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut... jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar bebetul talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar
.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau amek mak aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku.. Dia sayang aku, Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak.. Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh jaga adik beradik..
Jangan gaduh..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..
Sesiapa nak share, silakan share..
Meleleh2 air mata 😢 😢 😢 😢

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua Salam 16 Ramadhan.  Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia...