Friday 31 October 2014

Tour London

Blog saya, saya namakan dengan "amalina super power". Dulu2 saya cuma tulis amalina. Tapi masa tu belum ada blog. Saya belaja update blog ni dengan Master Fahmy. Junior saya masa belaja di UM. Sama course yang sama. Tapi Fahmy ni sangat glemer dengan ilmu sosia medianya yang kini meletop-letop di serata pelusok Malaysia.
Jika dulu email saya, saya namakan "akulerjibam" sebab saya sangat suka giler dengan kartunis Ujang. Kisah akulerjibam bermula bila saya dikelas komputer semasa tingkatan 3.  Saya masa tu ke kelas komputer berbayar. dah lupa berapa yurannya. Juga di kampung saya . setiap hari Selasa dan Rabu seingat saya. Belajarnya selepas waktu sekolah. Kisahnya cikgu yang mengajar meminta namakan email anda... disebabkan saya tidak pernah ada idea untuk namakan email... Jadi saya pun letaklah akulerjibam@yahoo.com. masih lagi aktif email ni.... tapi sudah jarang dijenguk melainkan ada perkara yang perlu saya mahumah dari email tersebut.
Apapun, saya juga ada gak terima email cinta dari jibamleraku@yahoo.com.... hahahaha tak menarik langsung!
Saya gila dengan Jibam sebab itulah rekod terbaik saya pada masa itu. Membaca novel Jibam yang bagi saya adalah tebal mukasuratnya.. pasa 1 hari khatam!. dan motovasi itu saya bawa hingga ke universiti. saya akan ukur ketebalan buku belaja saya... otak saya akan kata... elehhh senipis ini.. tebal lagi buku Jibam. yesss saya mesti baca dengan semangat.
Semasa belaja, saya letakkan diri saya sebagai seorang yang rajin. cuma tidak bijak macam orang2 lain. Jika di sekolah menengah saya belaja dalam ketakutan... takut kat cikgu yang garang. takut kena soal... saya adalah mangsanya. berdiri atas kerusi. atas meja. kena pulas perut. kena jemur panas. kutip sampah kawasan sekolah...  saya ada pengalaman. Paling saya takut cikgu bahasa inggeris. Tapi belum pernah kencing dalam kain lagi. Cuma takut kena soal, Disebabkan takut dengan cikgu BI... hingga sekarang saya masih membaca article bahasa ingeris setiap hari. Cikgu, saya masih belaja. InsyaAllah saya akan belaja hingga menjadi reti.
Minggu depan saya ke konvokesyen saya kerana telah selesai dengan jayanya pengajian MBA di UUM. Pagi tadi saya telah lengkapkan soal selidik pelajar sebagai syarat untuk amik jubah konvo.... tak sabar rasanya. Semalam saya call mak...mak katanya di jahit baju baju untuk pergi saya konvo nanti... Allah... ma sangat semangat. Teringat lak kat abah. Abah.. kami semua adik beradik rindui abah. bestnya jika abah masih ada... Al Fatihah untuk abah yang kami sanjungi.

Hari ni saya guna pc baru... PC baru!. keyboard tk sedap.



















Saya tulis dalam diary saya sejak awal tahun.. hujung tahun ni saya ke Paris (InsyaAllah) bersama sepupu dan adik. seluruh kalendar saya saya catat perkara-perkara saya akan buat. Catat dulu.. menjadi kenyataan adalah rezeki saya.






Tuesday 21 October 2014

Sejadah Merah

Sejurus nenek saya dikebumikan, pada 1998. bulan 8. 8 haribulan- masa tu saya masih belaja di matrik UM Nilam Puri.  saya masuk ke bilik nenek. Saya duduk di katilnya semacam nenek selalu duduk. Nenek selalu bersandar. kakinya dilunjur lurus.  Kirinya meja berwarna koko. ada sebuah buku selawat yang tajuknya tokwan ali. - Di sudut katil... ada sejadah merah. sejadah merah itu milik nenek. saya ambil. tanpa minta kebenaran sesapa. masih elok.  skrg masih lagi saya guna. nenek dah pergi  dan sejadah merah menjadi milik saya. " Nenek... saya begitu kesal kerana tidak bersama semasa nenek ajak makan malam bersama ketika itu".  Sejak kejadian itu... saya selalu sahut seruan. walaupun kenyang... saya akan turut serta.. terutamanya majlis keluarga.  Nenek ... terima kasih kerana ajarkan saya membaca al quran. ... Al Fatihah .

Thursday 16 October 2014

Cita cita

ramai pakar kata... hidup kena ada cita2.
cita2 saya nak melawat New York City.
- salah satu cita2. byk lagi cita2.








www.amalinasuperpower.com



Layang layang

Berarak mendung kelabu
mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap akur

Ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri

Namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan menjelma... 


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-layang-layang-terputus-talinya.html#ixzz3GJSxOcYj


semalam dah post gamba baju biru.
hari ni post lagi gamba baju biru.
itulah cuma satu-satunya baju biru saya.
tak mengapakan.
sekarang waktu Malaysia dah 9.11 PM,
tadi pekena kopi segera yang dibancuh oleh PA boss,
mula-mula tak nak minum. tapi ada dua cawan yang tak terusik.
memang untuk saya pun.
lepas minum.... okey lagi... tapi sekarang rasa huyung.
saya tidak minum nescafe segera sebenarnya.

kerja saya ... saya alih ketepi. saya belek 2 keping dvd . total gamba dalam divd tu ada lebih kurang 800 gamba. itulah gamba kenangan semasa saya berkahwin. dengan jumlah yang banyak begitu, saya sendiri belum tengok kesemuanya.

esok, saya kena datang kerja dengan semangat waja lagi perkasa triple aura!. Esok lah bermula hari sibuk saya.
Nokia saya... tiptip2... dapat mesej. Adik saya ashraf tanya, "kak u minggu ni ada kelas ?" saya balas.. " i sekolah" . Dia sms lagi, tok ayah dan mek datang. nak jumpa tok ayah dan mek?.... sampai bab ni,hati berbelah 18. dari semester berapa lagi, asik berjanji... abis exam nak balik umah tok ayah. tapi janji tinggal janji.

''Tok ayah, saya akan siapkan kerja dengan cepat. dan lesaikan kerja sekolah dengan cepat, cucumu akan ke tempatmu.- Janji. InsyaAllah''.


Wednesday 15 October 2014

Lima Bulan

saya menyahut cabaran berkahwin...
hahaha
akhirnya saya berkahwin
setelah sekian lama dikatakan ketakutan.
semalam sejak saya update status
pasal saya naik komuter 
pegi kerja... ada 4 mesej yang saya terima...
secara pukulratanya... masing2 meneka sebab minyak naik 20sen!
daripada 4 mesej tersebut... tak perlu saya replynya.
itu biasa bagi saya. Bukannya saya tidak biasa dengan kenderaan awam.
Walaupun bukan lama di KL Menjerit... sejak sambung belaja di UM,
macam2 saya dah cuba. Saya ada buku catatan yang saya sendiri catat aktiviti saya.
jalan kaki..selalu
naik basikal..dah - bila nak beli basikal ni..
naik motor... tkder lesen lak tu.. dah..
bas...(cuma bas mini tk merasa... cuma sempat tengok kartun jer)
bas.. jika naik bas saya pasti tido. saya bawa selimut. Ni kalau balik kampung la.
dulu bas kl ni... tajuknya intrakota... hanya 90sen ke mana sahaja. Jimatt!!!
taxi... tapi sepupu selalu pesan, hati2 naik taxi... sbb pengalamannya pernah tengok org kena 
culik. Kesian. tkper, InsyaAllah saya hati2.
ok, monorel saya dh sampai.. semua bergegas nak naik... oiittt jangan  berebut ya, 
berdiri pun ok lah.. tadi pegi Etiqa.. naik Monorel, naik LRT. enjoy!!!.
  • Orang Tua-Tua Kata, 
  • 5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1)
  •  Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta
  • (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)
  • Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2)
  • Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.
  • Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) 
  • Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.
  • Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama

Tuesday 14 October 2014

Fikir Dahulu

Copy dari Miss Lawyer S. Zubaidah.
Sempoi tulisan. Tp baca dgn hati ... ada kesannya.

KEMENANGAN DIPEROLEHI..TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

Justeru...baik jangan bergaduh...!

Sunday 5 October 2014

Cabaran Zulhijjah

Terima kasih kepada semua  yg membantu sy sewaktu sy amat perlukannya. Allah jua yg membalas jasa dan budi baik kalian. 
"la yukaliffu llah hu nafsan illa wus aha...."


pengalaman perjalanan balik raya aidiladha 2014 dari kl menjerit ke pengkalan kubor. 
semua nk pulang dgn cepat. semua nk cepat sampai. masing2 merempit bersama keluarga tercinta.  yg selamat alhamdulillah. yg patah side mirror. yg penyek pintu. perdana yg tercabut tayar... syukur... masih lagi sempat beraya . berjumpa sanak sedara... sbb ada org lain pulang terus ke rahmatullah.

esok atau lusa... cabaran pulang ke kl pula... jalan sempit atau kereta sgt byk.
anak sedara sy yg ke 8. antara mangsa kejadian... hehehe besar nati kita dtg melawat tempat membuang ya.hahaha. 

full tank...cuba teka berapa RM? untuk petrol harga baru rm2.30.

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua Salam 16 Ramadhan.  Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia...