Tuesday, 21 October 2014

Sejadah Merah

Sejurus nenek saya dikebumikan, pada 1998. bulan 8. 8 haribulan- masa tu saya masih belaja di matrik UM Nilam Puri.  saya masuk ke bilik nenek. Saya duduk di katilnya semacam nenek selalu duduk. Nenek selalu bersandar. kakinya dilunjur lurus.  Kirinya meja berwarna koko. ada sebuah buku selawat yang tajuknya tokwan ali. - Di sudut katil... ada sejadah merah. sejadah merah itu milik nenek. saya ambil. tanpa minta kebenaran sesapa. masih elok.  skrg masih lagi saya guna. nenek dah pergi  dan sejadah merah menjadi milik saya. " Nenek... saya begitu kesal kerana tidak bersama semasa nenek ajak makan malam bersama ketika itu".  Sejak kejadian itu... saya selalu sahut seruan. walaupun kenyang... saya akan turut serta.. terutamanya majlis keluarga.  Nenek ... terima kasih kerana ajarkan saya membaca al quran. ... Al Fatihah .

No comments:

Post a Comment

Peringatan kematian kerana ianya pasti...

 Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya...