Thursday, 16 October 2014

Layang layang

Berarak mendung kelabu
mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap akur

Ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri

Namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan menjelma... 


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-layang-layang-terputus-talinya.html#ixzz3GJSxOcYj


semalam dah post gamba baju biru.
hari ni post lagi gamba baju biru.
itulah cuma satu-satunya baju biru saya.
tak mengapakan.
sekarang waktu Malaysia dah 9.11 PM,
tadi pekena kopi segera yang dibancuh oleh PA boss,
mula-mula tak nak minum. tapi ada dua cawan yang tak terusik.
memang untuk saya pun.
lepas minum.... okey lagi... tapi sekarang rasa huyung.
saya tidak minum nescafe segera sebenarnya.

kerja saya ... saya alih ketepi. saya belek 2 keping dvd . total gamba dalam divd tu ada lebih kurang 800 gamba. itulah gamba kenangan semasa saya berkahwin. dengan jumlah yang banyak begitu, saya sendiri belum tengok kesemuanya.

esok, saya kena datang kerja dengan semangat waja lagi perkasa triple aura!. Esok lah bermula hari sibuk saya.
Nokia saya... tiptip2... dapat mesej. Adik saya ashraf tanya, "kak u minggu ni ada kelas ?" saya balas.. " i sekolah" . Dia sms lagi, tok ayah dan mek datang. nak jumpa tok ayah dan mek?.... sampai bab ni,hati berbelah 18. dari semester berapa lagi, asik berjanji... abis exam nak balik umah tok ayah. tapi janji tinggal janji.

''Tok ayah, saya akan siapkan kerja dengan cepat. dan lesaikan kerja sekolah dengan cepat, cucumu akan ke tempatmu.- Janji. InsyaAllah''.


2 comments:

  1. Takpo Kak Nik... Kak Nik cantik & manis berbaju biru... Moga kekal bahagia dunia akhirat... :-)

    ReplyDelete
  2. Memang seronok tengok layang-layang terbang .. sebenarnya orang yang main layang-layang ni prihatin..kena la pandai pandu arah nak terbang kat mana, angin arah mana, sedih sungguh kalau layang-layang terputus tali..begitu la juga dengan konsep sebuah perkahwinan- halatuju sebuah rumahtangga, Hakikatnya indah sempurna, realitinya kitalah yang mengemudi haluannya!!!

    ReplyDelete

Peringatan kematian kerana ianya pasti...

 Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya...