Saturday 27 January 2024

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua

Salam 16 Ramadhan. 

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia maklum di kalangan kita semua mungkin yg sedang struggle. Atau pun telah melepasi tahap2 struggle.

So dari pembacaan ilmiah dan bukan ilmiah yang terdiri dari macam2- ... Benarkan saya membuat kesimpulan dan finding. Saya boleh simpulkan satu perkara saja jika kita tergolong dalam golongan yang struggle, terutamanya golongan yang struggle kewangan.

biasanya orang yang struggle ni dia tak perasan satu konsep dan konsepnya adalah seperti dibawah. Baca betul2

orang miskin - ada duit dia belanja
orang pertengahan - ada duit dia simpan
orang kaya - ada duit dia invest

ini je bezanya. Semua orang kaya satu ketika dulu, struggle juga, diorang pun xde duit juga. Tapi setiap kali dia dapat duit, dia invest
Di mana orang yang di tahap baik pada hari ini- suatu ketika dulu juga berusaha sedaya upaya untuk capai tahap kesenangan hari ini. 
dia memang agresif bab invest sebab dia nak sebanyak mungkin duit dia bekerja untuk dia. Setelah duit dia bekerja untuk dia, dia dapat pendapatan.

pendapatan yang dia dapat dari investment dia lah yang dia belanjakan. Tapi disebabkan dia mmg selalu invest, dia tidak belanjakan semua duit yg dia dapat hasil dari investment dia tu.

dia akan guna duit tu untuk besarkan lagi investment dia.. supaya income dari investment dia jadi lagi besar dan lagi besar.

jika kita semua nak hidup senang dan tidak sempit... 10 tahun pertama dalam hidup professional kita, kita kena invest sebanyak mungkin pendapatan yang kita dapat.

kalau kita kerja, maka gaji kita kena laburkan ... berapa ratio dia? lagi besar ratio kita invest, lagi cepat kita hidup senang

lagi besar ratio kita belanja - lagi lama kita hidup sempit. 

so, kita tengok income kita.... berapa banyak kita belanja? berapa banyak kita simpan? berapa banyak kita labur?

kalau kita banyak belanja - kita akan miskin
kalau kita banyak simpan - kita akan hidup sedang-sedang
kalau kita banyak labur - kita akan hidup kaya raya tak lama lagi.

p/s: pelaburan ni adalah satu benda yang kita kena belajar dan jadi pandai juga. Sebab kalau tak belajar, kita tak akan melabur tapi sebaliknya kita akan MELEBUR.

so tengok balik future goal kita. Sebab akan datang semakin mahal. 

ada tak kita melabur?
kalau takde, eloklah bermula. lagi agresif lagi bagus.

#just sharing. 
#perkongsian. Ikhlas

Investment success doesn’t come from “buying good things,” but rather from “buying things well.”
― Howard Marks

Retire: Think for Future

Berapa kewangan yang mencukupi untuk bersara?

Soalan ini perlu diajukan pada mereka yang sudah bersara untuk mendapat jawapan yang sebenar. 

Soalan ini juga kerap ditanya kepada saya memandangkan saya sudah bersara 10 tahun secara opsional dari perkhidmatan Kerajaan. 

Memandangkan saya masih mampu tersenyum, ianya satu soalan yang mudah untuk dijawab jika anda ingin bersara awal. 

Perkara pertama anda perlu lakukan ialah mengurangkan gaya hidup (downsizing your lifestyle) selepas bersara berbanding semasa zaman bekerja. 

Saya rasa ianya mudah untuk dilakukan oleh orang pencen yang tidak lagi bernafsu besar. 

Lainlah jika anda seorang ahli politik.

Kunci merancang hidup selepas bersara ialah menyenaraikan semua aliran duit keluar setiap bulan dan usahakan untuk mengurangkan ketirisan wang dari poket anda.

Misalnya jika anda makan di restoran sepuluh kali sebulan, anda boleh kurangkan kepada dua kali sebulan.

Berpindah kepada rumah yang lebih kecil boleh mengurangkan bil utiliti dan penyelenggaraan.

Jika kaki golf, anda boleh kurangkan bermain golf atau bertukar hobi lain yang lebih murah seperti ber-camping.

1. Perancangan paling penting sebelum bersara ialah anda perlu melupuskan semua hutang anda. 

Ini bermakna tiada lagi hutang rumah atau hutang kereta. 

Membuat hutang baru sebelum bersara adalah satu kesilapan besar. 

Ada orang yang hobinya berhutang sepanjang zaman bekerja. 

Apabila hutang lama selesai mereka akan gatal tangan untuk membuat hutang baru kerana berhutang itu menyeronokkan.  

Tabiat ini mesti diberhentikan jika anda ingin bersara dengan bergaya. 

2. Jumlah wang yang diperlukan semasa bersara.

Kiraan mudah ialah anda perlu ada 80% dari last pay setiap bulan. 

Jika anda bergaji RM6000 sebelum bersara, anda perlu RM4,800 untuk hidup selesa setiap bulan selepas bersara. 

Ini bermakna anda perlu RM57,600 setahun dan RM1.15 juta untuk 20 tahun selepas bersara.

Satu lagi cara kiraan ialah cara 25. 

Jika pulangan dividen KWSP adalah 4%, anda boleh mengeluarkan 4% (1/25) setiap tahun disamping menikmati 4% setiap tahun sebagai dividen. 

Ini bermakna simpanan di KWSP anda tidak akan berkurangan.

Jika anda perlu RM4,800 setiap bulan, anda perlu keluarkan RM57,600 setiap tahun dan ini bermakna anda perlu simpan RM1,440,000 (RM57,600x25) dalam dana KWSP sebelum bersara.

Ini semua hanya panduan untuk kiraan mudah dan masing-masing perlu menyesuaikan dengan kehidupan dan gaya hidup sendiri.

3. Apakan perbelanjaan bulanan yang perlu dibayar selepas bersara?

CONTOH kiraan mudah :

1. Bil utiliti rumah - RM500
2. Transportation (petrol, repair, service kereta) - RM250
3. Makanan - RM300
4. Insurance - RM200
5. Percutian - RM500
6. Entertainment - RM300
7. Kontigensi - RM200

Jumlah sebulan = RM2250. 

Ini contoh perbelanjaan mudah sebulan dan dari kiraan di atas anda hanya perlu RM675,000 dalam dana KWSP sebelum bersara (2250x12x25). 

Kiraan boleh rendah atau tinggi mengikut lifestyle atau gaya hidup anda selepas bersara. 

4. Umor sesuai untuk bersara. 

Jika anda baru bekerja dan berumur 28 tahun tentunya mustahil bersara pada umur 30 kerana anda belum mempunyai ‘net worth’. 

Dari pemerhatian saya, kebiasaan mereka yang bekerja melebihi 20 tahun sahaja mampu memiliki ‘net worth’ diri yang mencukupi untuk bersara awal dengan perancangan rapi.

Pastikan tiada lagi 'commitment' kewangan pada keluarga ketika bersara.  

Kita hanya boleh merancang dan tentunya banyak situasi di mana plan asal tersasar. 

Buat 'adjustment', olah, rangka kajian semula dan betulkan rancangan untuk mencapai sasaran bersara. 

Orang Parit Jawa kata 'The only thing that is constant is change'. 

Ubah suai rancangan asal mengikut kesesuaian kehidupan dan bina acuan mengikut impian sendiri. 

Wallahua'llam. 

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar

***************

𝗗𝗶𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗮𝗿𝗮 𝟰𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗦𝗶 𝗞𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗸
--------------------------------

Buku pengalaman epik seorang pengembara Ir. Zainuddin Omar, influencer di media sosial yang mempunyai ribuan pengikut setia. 

Kisah tentang beliau, seorang anak kampung yang berasal dari Muar, Johor melalui pengalaman 5 tahun berada di England dan kembaraan ke Eropah pada tahun 70’an ketika berumur 17 tahun.

………………………………………………..

Orang Eropah memang suka berjemur pada waktu musim panas begini. Kami berjalan menuju ke arah orang ramai, tetapi agak terperanjat bila melihat semua pengunjung di pantai Nice ini ‘topless’.- Nice, PERANCIS.

Mr. Schulp telah memotong secebis daging dan meletakkan di atas pinggan saya. “I hope you love this roast pork which is our family’s specialty”. Gulp!- Freilburg, JERMAN.

Dalam pergelutan itu, tiba-tiba saya terasa seperti muncung pistol ditunjal ke kepala dan saya diarahkan untuk berdiam diri serta jangan melawan!- Hamburg, JERMAN

“No problem Sir, we will not stop in Switzerland and go straight to Italy,” saya jawab dengan nada lembut dan sopan santun. “Kalau kau datang Muar, siap kau!” tambah saya dalam hati. - Bern, SWITZERLAND.

…………………………………………..

Dicetak semula (edisi ke-4) buku tulisan saya berjudul “Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak”.

Ini sebuah buku pengembaraan semasa belajar di UK dan kembaraan Eropah yang banyak mengajar saya erti kehidupan.  

Buku ini padat dengan cerita dan gambar berwarna yang disimpan rapi oleh penulis semenjak 40 tahun lepas.

Sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur terutama pelajar dan orang muda untuk suntikan semangat berkembara di usia muda. 

Cepat order sebelum kehabisan kerana edisi ke-4 cetakan buku hard cover hanya bilangan terhad. 

Buku hard cover (bilangan terhad):
Harga RM50 sahaja (tidak termasuk postage). 

• hantaran Semenanjung 
Kos + postage 
(RM50+RM6.50) = RM56.50

• hantaran Sabah/Sarawak
Kos + postage 
(RM50+RM13) = RM63

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

1. Secara online dengan courier Ninja Van: 
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Ihsan Mazlie). 

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

* Ban Gioc Waterfall Vietnam 2023

Friday 5 January 2024

The Power of Life

[Copy and Paste Namun Amat Berbaloi Untuk Dibaca dan Dijadikan Panduan] 

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar,saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung. Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana–mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar.

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak. Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya untuk kebaikan diri kita sendiri.

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua Salam 16 Ramadhan.  Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia...