Saturday, 27 January 2024

Retire: Think for Future

Berapa kewangan yang mencukupi untuk bersara?

Soalan ini perlu diajukan pada mereka yang sudah bersara untuk mendapat jawapan yang sebenar. 

Soalan ini juga kerap ditanya kepada saya memandangkan saya sudah bersara 10 tahun secara opsional dari perkhidmatan Kerajaan. 

Memandangkan saya masih mampu tersenyum, ianya satu soalan yang mudah untuk dijawab jika anda ingin bersara awal. 

Perkara pertama anda perlu lakukan ialah mengurangkan gaya hidup (downsizing your lifestyle) selepas bersara berbanding semasa zaman bekerja. 

Saya rasa ianya mudah untuk dilakukan oleh orang pencen yang tidak lagi bernafsu besar. 

Lainlah jika anda seorang ahli politik.

Kunci merancang hidup selepas bersara ialah menyenaraikan semua aliran duit keluar setiap bulan dan usahakan untuk mengurangkan ketirisan wang dari poket anda.

Misalnya jika anda makan di restoran sepuluh kali sebulan, anda boleh kurangkan kepada dua kali sebulan.

Berpindah kepada rumah yang lebih kecil boleh mengurangkan bil utiliti dan penyelenggaraan.

Jika kaki golf, anda boleh kurangkan bermain golf atau bertukar hobi lain yang lebih murah seperti ber-camping.

1. Perancangan paling penting sebelum bersara ialah anda perlu melupuskan semua hutang anda. 

Ini bermakna tiada lagi hutang rumah atau hutang kereta. 

Membuat hutang baru sebelum bersara adalah satu kesilapan besar. 

Ada orang yang hobinya berhutang sepanjang zaman bekerja. 

Apabila hutang lama selesai mereka akan gatal tangan untuk membuat hutang baru kerana berhutang itu menyeronokkan.  

Tabiat ini mesti diberhentikan jika anda ingin bersara dengan bergaya. 

2. Jumlah wang yang diperlukan semasa bersara.

Kiraan mudah ialah anda perlu ada 80% dari last pay setiap bulan. 

Jika anda bergaji RM6000 sebelum bersara, anda perlu RM4,800 untuk hidup selesa setiap bulan selepas bersara. 

Ini bermakna anda perlu RM57,600 setahun dan RM1.15 juta untuk 20 tahun selepas bersara.

Satu lagi cara kiraan ialah cara 25. 

Jika pulangan dividen KWSP adalah 4%, anda boleh mengeluarkan 4% (1/25) setiap tahun disamping menikmati 4% setiap tahun sebagai dividen. 

Ini bermakna simpanan di KWSP anda tidak akan berkurangan.

Jika anda perlu RM4,800 setiap bulan, anda perlu keluarkan RM57,600 setiap tahun dan ini bermakna anda perlu simpan RM1,440,000 (RM57,600x25) dalam dana KWSP sebelum bersara.

Ini semua hanya panduan untuk kiraan mudah dan masing-masing perlu menyesuaikan dengan kehidupan dan gaya hidup sendiri.

3. Apakan perbelanjaan bulanan yang perlu dibayar selepas bersara?

CONTOH kiraan mudah :

1. Bil utiliti rumah - RM500
2. Transportation (petrol, repair, service kereta) - RM250
3. Makanan - RM300
4. Insurance - RM200
5. Percutian - RM500
6. Entertainment - RM300
7. Kontigensi - RM200

Jumlah sebulan = RM2250. 

Ini contoh perbelanjaan mudah sebulan dan dari kiraan di atas anda hanya perlu RM675,000 dalam dana KWSP sebelum bersara (2250x12x25). 

Kiraan boleh rendah atau tinggi mengikut lifestyle atau gaya hidup anda selepas bersara. 

4. Umor sesuai untuk bersara. 

Jika anda baru bekerja dan berumur 28 tahun tentunya mustahil bersara pada umur 30 kerana anda belum mempunyai ‘net worth’. 

Dari pemerhatian saya, kebiasaan mereka yang bekerja melebihi 20 tahun sahaja mampu memiliki ‘net worth’ diri yang mencukupi untuk bersara awal dengan perancangan rapi.

Pastikan tiada lagi 'commitment' kewangan pada keluarga ketika bersara.  

Kita hanya boleh merancang dan tentunya banyak situasi di mana plan asal tersasar. 

Buat 'adjustment', olah, rangka kajian semula dan betulkan rancangan untuk mencapai sasaran bersara. 

Orang Parit Jawa kata 'The only thing that is constant is change'. 

Ubah suai rancangan asal mengikut kesesuaian kehidupan dan bina acuan mengikut impian sendiri. 

Wallahua'llam. 

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar

***************

𝗗𝗶𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗮𝗿𝗮 𝟰𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗦𝗶 𝗞𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗸
--------------------------------

Buku pengalaman epik seorang pengembara Ir. Zainuddin Omar, influencer di media sosial yang mempunyai ribuan pengikut setia. 

Kisah tentang beliau, seorang anak kampung yang berasal dari Muar, Johor melalui pengalaman 5 tahun berada di England dan kembaraan ke Eropah pada tahun 70’an ketika berumur 17 tahun.

………………………………………………..

Orang Eropah memang suka berjemur pada waktu musim panas begini. Kami berjalan menuju ke arah orang ramai, tetapi agak terperanjat bila melihat semua pengunjung di pantai Nice ini ‘topless’.- Nice, PERANCIS.

Mr. Schulp telah memotong secebis daging dan meletakkan di atas pinggan saya. “I hope you love this roast pork which is our family’s specialty”. Gulp!- Freilburg, JERMAN.

Dalam pergelutan itu, tiba-tiba saya terasa seperti muncung pistol ditunjal ke kepala dan saya diarahkan untuk berdiam diri serta jangan melawan!- Hamburg, JERMAN

“No problem Sir, we will not stop in Switzerland and go straight to Italy,” saya jawab dengan nada lembut dan sopan santun. “Kalau kau datang Muar, siap kau!” tambah saya dalam hati. - Bern, SWITZERLAND.

…………………………………………..

Dicetak semula (edisi ke-4) buku tulisan saya berjudul “Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak”.

Ini sebuah buku pengembaraan semasa belajar di UK dan kembaraan Eropah yang banyak mengajar saya erti kehidupan.  

Buku ini padat dengan cerita dan gambar berwarna yang disimpan rapi oleh penulis semenjak 40 tahun lepas.

Sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur terutama pelajar dan orang muda untuk suntikan semangat berkembara di usia muda. 

Cepat order sebelum kehabisan kerana edisi ke-4 cetakan buku hard cover hanya bilangan terhad. 

Buku hard cover (bilangan terhad):
Harga RM50 sahaja (tidak termasuk postage). 

• hantaran Semenanjung 
Kos + postage 
(RM50+RM6.50) = RM56.50

• hantaran Sabah/Sarawak
Kos + postage 
(RM50+RM13) = RM63

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

1. Secara online dengan courier Ninja Van: 
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Ihsan Mazlie). 

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

* Ban Gioc Waterfall Vietnam 2023

No comments:

Post a Comment

Peringatan kematian kerana ianya pasti...

 Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya...