Saturday 26 April 2014

Riang gembira

Hari ni cuti... aku pulang ke kampung menemui mak dan adik2. walau pun sekejap. tkper.. asalkan aku pulang. belek2 album gamba... terjumpa gamba zaman aku di masa kanak2.
tertengok zaman kanak2... zaman kecik2... rasa yang sangat best. rasa bebas dari segala belenggu fikiran.
sambil2 taip ni... sbb henpon baru ada bateri.. otak aku kata"  misi masih belum sempurna... banyak lagi yang mesti diteruskan".
tup2... baca plak ayat kiriman boss kt grup wassap... hati semakin berdebar. kepala macam tegang. aku mesti bersedia dengan segala cabaran. aku mesti kuat...  semua MESTI.

Teringat zaman2 kanak2... aku pernah terminum minyak tanah. masih aku ingat lagi.. ma dan abah bergegas2 membawa ke hospital...  hari ni aku jumpa kakak abah aku... kami mengira umur!  syukur Ya Allah dengan segala pemberian nikmatMu.. panjangkan umur2 kami semua dalam kebaikan.. dan sudahilah kami dengan Husnul Khotimah.

Thursday 24 April 2014

Teruskan berdoa

Nak kata... kita jgn sesekali putus asa meminta dengan Allah. Allah sedang menguji kita. Mahu ditengok kebersungguhan kita.  ... sila baca kiriman kak Zaidah. bagus! 

.....
Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.

Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.

Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"

Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."

Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.

Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"

Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. wanita tua itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "

Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil disisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.

Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah mengakbul doa-doa anda."

Berkata wanita tua itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"

Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"

Wanita tua itu berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."

Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Saya lah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."

Jangan berputus asa untuk berdoa wahai sahabatku

Setiap kita ada hajat n rintihan trsendiri... perbanyakkanlah doa.... 

Wednesday 23 April 2014

Baju Batman

ni copy paste... baca dgn tenang.
jgn mudah terpelanting.
ngapa org kaya dijadikan contoh...
ngapa bijak pandai dijadikan model... dll.

tajuk sebenar:
Perjalanan Terjauh dan Terberat .

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Ramai orang kaya tidak mampu mengerjakannya yang sehari lima kali, bahkan banyak pula yang sekali seminggu pun (solat Jumaat) terlupa.
Tidak kurang juga seumur hidup tidak pernah pergi ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Orang pintar dan bijak pandai pun sering tidak mampu menemukannya.
Mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah dan Amerika.Dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang tinggi.
Betapa sedihnya, ke masjid tetap juga menjadi perjalanan yang tidak mampu mereka tempuhi walau telah bergelar Profesor ataupun Doktor.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Para pemuda yang kuat dan berbadan sihat, mampu menaklukkan puncak gunung Kinabalu, Merapi mahupun Kalimanjaro pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid. Alasan mereka pun bermacam-macam,ada yang berkata inshaAllah, ada yang kata sekejap lagi, ada yang berucap tidak selesa dipanggil orang warak.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila sedari kecil kamu telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid.
Kerana bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan selain perjalananmu ke masjid.
Biar ku beritahu rahsia kepadamu,hakikatnya perjalanan mu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Rabb mu, bukankah masjid itu rumah Allah?
Inilah perjalanan yang diajarkan oleh Rasulullah saw,serta perjalanan yang akan membezakan kamu dengan mereka yang lupa akan Rabbnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.
Lakukanlah walau kita harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal Rabb mu kerana hanya inilah satu-satunya jalan petunjuk yang Rasulullah saw sabdakan yakni Sunanul Huda (jalan kejayaan hanya solat berjemaah di masjid)

*Hidup adalah pilihan. Kita lah yang berhak untuk memilih apa yang terbaik untuk kita lalui. Kita yang memilih untuk mengambil jalan selamat atau jalan sukar di perjalanan mendatang...Barzakh,Mahsyar dan As Sirat, sebelum ditetapkan tempat abadinya kehidupan kita yang sebenar-benarnya.

Friday 18 April 2014

Fear factor

Debaran makin terasa. sekejap sungguh masa. menanti 19 April 2014 .Ya Allah permudahkan segala urusan kami... aku takut giler subject ni.. takut sbb kurang paham dan latihan tk byk buat. esok dh tak perlu goreng lagi ... sbb semuanya nombor. bawa calculator!

Wednesday 16 April 2014

Kesan FB

biarlah apa org kata....
saya tidak kisah
saya suka berfesbuk.
tapi sekiranya saya tersasar
tegurlah saya... insyaAllah 
saya dengan rela hati akan
terima teguran. 

200 orang

Special Talk : [Solutions to Cancer & Osteoarthristis]

saya mendapat  email dan saya kongsikan di sini,
jika mahu nak tahu pasal kesihatan silalah 
call no tel kat bawah. hadirkan diri. terhad 200 org.
sila cepat dan pantas bertindak.

Speaker :
Dr Rajah Vijay Kumar - On Non-Invasive Solution For Cancer & Osteoarthritis Treatment (No Surgery, No Pain, Extremely Safe)Dr Peter Cremer (Germany) - On Live Cell Therapy
Date : 21st April 2014 (Monday)
Time: 7:45pm
Language: English
Venue:  Shangri-La Hotel KL (Johore Room, Lower Lobby)
No.11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
RSVP: 012-688 2600 (Jason Lee), or 03-894 54320.
Admission: Free. (Limited to 200 pax)
Jumpa nanti.




from: Dr Azizan Osman

Salam semua
Ini mungkin pertama kali anda menerima undangan "pelik" dari saya, tetapi menjejaki tahun 2014 dan umur saya memasuki "4" series ke 40-tahun dalam masa beberapa bulan lagi serta melihat semakin meningkatnya kadar kematian pada umur muda atau kematian yang berpunca dari Kanser melibatkan adik ipar saya dan beberapa saudara rapat pada usia yang amat muda seawal umur 27 tahun telah menjadikan saya semakin sedar bahawa Kesihatan merupakan kekayaan yang tidak ternilai dan sangat berharga. Priceless.
Saya faham kita bukan mahu hidup selama-lamanya dan pastinya kematian menjengah kita setiap hari, tetapi saya mula faham tentang kesihatan tubuh badan dan jiwa saya menentukan tahap kesihatan dan kekuatan tenaga bagi saya untuk buat yang terbaik hari ini untuk diri saya, keluarga saya dan orang yang tersayang.
Bila saya mula mendapat khidmat nasihat dari rakan-rakan pakar perubatan saya, saya muka memahami tentang betapa pentingnya sel kita hidup sihat supaya sistem badan kita dapat menangkis "serangan" pelbagai jenis virus yang ada di dalam udara, air dan makanan kita.
Dan bila saya mendapat tahu betapa semakin ramai anak murid saya atau di kalangan masyarakat kita yang menghadapi ancaman penyakit kanser serta masalah penghasilan sel yang tidak seimbang, saya bertambah risau dan berfikir bagaimana kita dapat memberi lebih banyak kefahaman tentang kanser dan terapi sel, maka saya menyokong usaha rakan saya Dr Merinna yang berusaha membawa 2 orang pakar dan saintis dari Germany untuk berkongsi mengenai kajian dan rawatan terkini tanpa pembedahan bagi mengatasi masalah kanser ini.
Sekiranya anda ingin merebut peluang ini untuk mula memahami dan mudah-mudahan mengelakkan masalah ini di dalam kehidupan kita atau keluarga kita; atau anda mengenali sesiapa sahaja rakan anda atau saudara mara anda yang mungkin sedang "berperang" atau menghadapi ancaman kanser atau masalah berpunca dari sel. Saya ingin mengundang anda atau sesiapa sahaja yang anda mahu untuk hadir ke sesi khas ini bersama-sama saya bertemu dengan 2 pakar ini.
Sesi ini akan diadakan pada 21 April 2014 nanti, maklumat lanjut adalah seperti dibawah. Program ini BUKAN anjuran Richworks tetapi satu program yang kami sokong kerana ia merupakan isu kritikal yang semakin banyak berlaku di sekeliling kita. Isu yang paling kritikal hari ini adalah, ramai yang tidak sedar atau mengesan lebih awal bahawa mereka telah mempunyai tanda-tanda untuk menghadapi masalah kanser.
Semoga kita terus sihat tetapi pencegahan tetap lebih baik dari merawat. Mungkin sesi ini bakal membuka mata anda dan menyelamatkan keluarga atau orang yang anda sayangi.
Sesi ini bakal diadakan di dalam Bahasa Inggeris. Abaikan undangan ini jika kesihatan bukan sesuatu yang penting bagi anda.

Tuesday 15 April 2014

Luruh jantung

Cikgu yg ngaja dari Mumbai...
skrg guna masa yg tk beberapa jam lg,
pejam celik... makan. mandi. campur terlelap... inilah dia.. corporate finance.
kertas terakhir alam persekolahan buat masa ini.
doakan kami semua... berjaya dgn gilang gemilang..

Saturday 12 April 2014

Demam exam

Tabik spring kt ketua darjah.
Dari sem 1 hingga last sem, asik siap awl jer bila musim exam.... subjek ni- aku plg
last  hantar.. sbb telah ingat2 lupa jawapan! hahaha. siap ckp kt Pegawai jaga exam " encik sekejap... sy ada nk tulis lg" walhal masa dh time! .
Tawakkal . kpd Dr. Nor Azmi Hashim, bg lah sy lulus.

Friday 11 April 2014

Orang minyak

dulu seludup haram...
skrg dh tk seludup haram lagi.
tauke minyak castrol sdg mikkir.

International marketing

good luck to cohort 7.
ini Dr. Nor Azmi Hashim.
ayat plg penting - what is marketing?
...... sila jawab.

Thursday 10 April 2014

Aku rindu

INILAH ANTARA SEBAB TERKUAT UTK KITA BERJAYA... Hayati.....
  
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata, memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
        
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .         

Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .         

Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .         

Bila bangun tidur, aku cari , Mak .        

Bila nangis , Orang pertama yang datang, Mak .         

Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .         

Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .         

Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .         

Bila nakal , yang memarahi aku , Mak.

Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .        

Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .         

Bila takut , yang tenangkan aku , Mak.

Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak.

Aku selalu teringatkan , Mak .         

Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .         

Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahu , Mak .        

Bila bengang , aku suka luah pada , Mak.

Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "   
     
Bila aku sakit , Orang paling risau adalah , Mak .        

Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .         

Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .         

Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .         

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .         

Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .         

Kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .     

Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .         

Yang selalu berleter kat aku , Mak .         

Yang selalu puji aku , Mak .         

Yang selalu nasihat aku , Mak .         

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .         

Aku ada pasangan hidup sendiri .         

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .          TAPI
Bila sedih , aku cari , Mak .        

Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku.      
TAPI  
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak.

Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
TAPI         
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku.
         
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku TAPI
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .        

Bila sambut ulangtahun, Aku bagi hadiah pada Pasanganku
TAPI      
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !  
      
Selalu , Aku ingat pasanganku...
TAPI       
Selalu , Mak ingat kat aku !         

Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku ...
TAPI
Entah bila , aku nak telefOn mak...
      
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku
TAPI       
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak...    

Renungkan :        
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak...
Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "    

Berderai air mata jika kita mendengarnya .          Tapi kalau mak SUDAH TIADA......?

" MAKKKKK !
RINDU MAK !
RINDU SANGAT ! "  
 
Berapa ramai yang sudah hantar IBUNYA TUNAIKN UMRAH DAN HAJI...
Dgn belanja sendiri....?
   
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...?
         
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...?
        
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...?     

Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....?    

Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...?
        
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....?    

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkn JENAZAH ibunya.... Kerana JAHILNYA ILMU TTG AGAMA?

BERUNTUNGLAH BUAT ANDA YG MASIH ADA IBU.......

Semuanya kerana MAK! @ IBU! @ UMMI! @ MAMA! U
terkasih dan tersayang
😭😭😭😭😭😭😭😭😭❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday 6 April 2014

Anti tido

Org kata minum kopi bleh jd tk tido...
Mcm tk betul lah.
Makin tertido jer sy nih.

Friday 4 April 2014

Bila hujan

Zaman sekolah dulu.... selalu nantikan hujan, sbb : katanya bila hujan doa dimakbulkan.. jd setiap kali hujan panjatkan senarai doa. Baca doa ketika hujan turun ---- tau tak doanya..  sy boleh ajarkan.  Pendek shj doanya.

Zaman kanak2 teringat mandi hujan dgn adik2. . Lari berkejaran. Basah. Kuyup. Abah marah.  Hahaha .sbb basah2 masuk dlm rumah.  Tp dh lupa siapa yg lap hasil basah2 tu.  Mungkin mak. Terima kasih Ma.  I love  u ma. I miss u abah.  You are everything! .

Kursus senyum

My name is Amalina. 
Welkam to my world.
Be happy.
Be brave.
Be strong.
Focus...
Thank you Allah. ALHAMDULILLAHH.

Thursday 3 April 2014

Adik No.10

Sy ada adik 10 org!. Woww.. ramai kan. Tp jiran sy lg ramai anak2nya. 17 org. 
Mak ayah nya masih kuat... setiap kali laungan azan di masjid.. terus jiran sy bersama2 dgn anaknya yg lelaki membonceng motosikal . Ayah paling dpn.. 3 lg belakang. Berpelukan erat!.
Sy yang tukang perhati,  jiran balik dr solat... sy blm buat apa2 lg.. aduhhhh!.
Mesti ubah gaya hidup nih.
Rindu pada mak. Pada adik2. Nk balik. Nk pegi pantai. Makan keropok lekor dgn minum air nyor... syokkknya.. kejar ketam.  Lumba lari dgn anak2 sepupuku..
Wahhh dh lama la tk berperasaan mcm tu. Nk balik... mkn nasik ramai2.. berebut ikan goreng dgn adik2... sy suka bahagian ekor!

Kawan kerja

Kawan ada byk kawan...
Kawan sekolah.
Kawan sekelas.
Kawan sekerja.
Kawan setempat kerja.
Kawan fesbuk.
Kawan wassap.
Kawan kpd kawan...
Kawan musuh (erkk! Ada ke nih)
Dll.

Wednesday 2 April 2014

Princess Diaries


abis exam lps ni nk layan citer princess diaries... tk kisah la yg mana tajuk ., 

Lipat kain

Terima kasih kpd adikku no 7. Sbb selalu dtg lipat kain pada weekend.  Sejak dr kecik  mak yg selalu lipat kain. Dr sek men ... tk penah gak lipat kain. Masuk matrix.. tk juga lipat. Kt university pun... sidai guna hanger.. skrg dh umur 29 masih juga tk lipat kain... apa laa akan jadi jika umur dh 35 tk jugak reti lipat kain.  Antara sbb2 naper tk terlibat lipat kain:
1) masa kat umah- emak yg lipatkan. Ada almari kecik milik sendiri yg tk kena share dgn adik beradik lain jadi... semua sangkut.
2) masa kat asrama-- alamak.. lupa ingatan lak.. locker kecik.. tp ada org tolong lipat la... siap basuh lg.
3) masa kat matrix---  sidai gak. Tp yg kecik2 reti la lipat..
4) masa kat um-- beli hanger.
4) masa kat umah sewa --- ada kawan baik yg suka lipat kain org..  jadi orgnya adalah kain sy lah. Untung2.
4) masa dh kerja--- lagi lah.. tk melipat. Sidaiiii.
4) skrg--- weekend adik dtg. .. selain lipat.. basuh. Jemur. Iron.. wahhhh nikmatnya hidup. Syukur Alhamdulillahh. 

Zaman kecik

Ni gamba lama... kt dlm gamba tu ada yg masih ada dan ada yang dah tak ada. Teringat abah...teringat tok ayah. Teringat nenek... aku pulak... yang baju kurung ijau...  lupa la masa ni umur berapa. Nk kena call mak... tanya dulu.
Abah terima kasih.  Ma, terima kasih.  Terima kasih kepada seluruh keluarga ku yg sgt aku sayangi.

Tuesday 1 April 2014

April fool

Akhirnya. ..inilah karanganku... Bismillahhirrahmanirrahim. .
 Rezeki tu dari Allah.. 
kita sebagai makhluk. . Usha sedaya mungkin. 
Apa pun terima dgn penuh rasa syukur.

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua Salam 16 Ramadhan.  Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia...