Special Talk : [Solutions to Cancer & Osteoarthristis]
saya mendapat email dan saya kongsikan di sini,
jika mahu nak tahu pasal kesihatan silalah
call no tel kat bawah. hadirkan diri. terhad 200 org.
sila cepat dan pantas bertindak.
Speaker :
Dr Rajah Vijay Kumar - On Non-Invasive Solution For Cancer & Osteoarthritis Treatment (No Surgery, No Pain, Extremely Safe)Dr Peter Cremer (Germany) - On Live Cell Therapy
Dr Rajah Vijay Kumar - On Non-Invasive Solution For Cancer & Osteoarthritis Treatment (No Surgery, No Pain, Extremely Safe)Dr Peter Cremer (Germany) - On Live Cell Therapy
Date : 21st April 2014 (Monday)
Time: 7:45pm
Language: English
Time: 7:45pm
Language: English
Venue: Shangri-La Hotel KL (Johore Room, Lower Lobby)
No.11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
No.11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Jumpa nanti.
from: Dr Azizan Osman
Salam semua
Ini mungkin pertama kali anda menerima undangan "pelik" dari saya, tetapi menjejaki tahun 2014 dan umur saya memasuki "4" series ke 40-tahun dalam masa beberapa bulan lagi serta melihat semakin meningkatnya kadar kematian pada umur muda atau kematian yang berpunca dari Kanser melibatkan adik ipar saya dan beberapa saudara rapat pada usia yang amat muda seawal umur 27 tahun telah menjadikan saya semakin sedar bahawa Kesihatan merupakan kekayaan yang tidak ternilai dan sangat berharga. Priceless.
Saya faham kita bukan mahu hidup selama-lamanya dan pastinya kematian menjengah kita setiap hari, tetapi saya mula faham tentang kesihatan tubuh badan dan jiwa saya menentukan tahap kesihatan dan kekuatan tenaga bagi saya untuk buat yang terbaik hari ini untuk diri saya, keluarga saya dan orang yang tersayang.
Bila saya mula mendapat khidmat nasihat dari rakan-rakan pakar perubatan saya, saya muka memahami tentang betapa pentingnya sel kita hidup sihat supaya sistem badan kita dapat menangkis "serangan" pelbagai jenis virus yang ada di dalam udara, air dan makanan kita.
Dan bila saya mendapat tahu betapa semakin ramai anak murid saya atau di kalangan masyarakat kita yang menghadapi ancaman penyakit kanser serta masalah penghasilan sel yang tidak seimbang, saya bertambah risau dan berfikir bagaimana kita dapat memberi lebih banyak kefahaman tentang kanser dan terapi sel, maka saya menyokong usaha rakan saya Dr Merinna yang berusaha membawa 2 orang pakar dan saintis dari Germany untuk berkongsi mengenai kajian dan rawatan terkini tanpa pembedahan bagi mengatasi masalah kanser ini.
Sekiranya anda ingin merebut peluang ini untuk mula memahami dan mudah-mudahan mengelakkan masalah ini di dalam kehidupan kita atau keluarga kita; atau anda mengenali sesiapa sahaja rakan anda atau saudara mara anda yang mungkin sedang "berperang" atau menghadapi ancaman kanser atau masalah berpunca dari sel. Saya ingin mengundang anda atau sesiapa sahaja yang anda mahu untuk hadir ke sesi khas ini bersama-sama saya bertemu dengan 2 pakar ini.
Sesi ini akan diadakan pada 21 April 2014 nanti, maklumat lanjut adalah seperti dibawah. Program ini BUKAN anjuran Richworks tetapi satu program yang kami sokong kerana ia merupakan isu kritikal yang semakin banyak berlaku di sekeliling kita. Isu yang paling kritikal hari ini adalah, ramai yang tidak sedar atau mengesan lebih awal bahawa mereka telah mempunyai tanda-tanda untuk menghadapi masalah kanser.
Semoga kita terus sihat tetapi pencegahan tetap lebih baik dari merawat. Mungkin sesi ini bakal membuka mata anda dan menyelamatkan keluarga atau orang yang anda sayangi.
Sesi ini bakal diadakan di dalam Bahasa Inggeris. Abaikan undangan ini jika kesihatan bukan sesuatu yang penting bagi anda.
No comments:
Post a Comment