Thursday 28 August 2014

Crew Richworks

Nama saya amalina.
Sy peminat kelas2 Dr Azizan Osman.
Sy sebut umur saya 29thn jika org tanya.
Sy peminat tegar kursus free. Saya akan  giler pergi ke kursus2 free sekiranya jadual sy tidak bertembung perkara penting.
Sy nk cerita hal sy sebagai Crew Richworks yang pertama kali di Setia Mall Shah Alam CC. 3 bulan lps sy mendapat sms dari Richworks.  Katanya... sy dijemput menjadi Sukarelawan Richworks.  Tp masa tu sy betul2 tak dpt hadir sbb sy terpaksa hadir majlis kahwin sy sendiri.  Jadi sy mereply sms... sy mohon maaf... bla2...
Tiba minggu lps... sy dpt sms. Tahniah. .. anda terpilih sebagai Crew Richworks. ....
Jd sy bertindak segera. Sy reply sms. Sy antar email sebagaimana diarahkan.
Sy dibgtau. . Kena ada kat tempat kejadian pada jam 6.30 pagi.  Apa pun sy berjaya sampai dengan kelewatan 7 minit.  Laju giler bawak keter. Tk sempat amik gamba meter keter... kan bahaya!
Sesampainya.. sy pakai baju khas. Dan pass khas yg disediakan. Sy begitu teruja. Sbb minggu depan sy terlibat lagi di Kuala Lumpur. Sapa2 yang berminat join... silalah dtg. Luangkan masa anda. Mana tau hidup anda berubah. 
Di Setia Alam Convention Centre.. kerusi disediakan sbyk 4800 - empat ribu lapan ratus! Nampak ribu... tp dewan limpah.. sbb yang dtg lambat... kena bersila! Bersila di belakang .
Sy tgk. Sy perhati. Semua org bersemangat! . Bergema dewan. Pagi tu kami ramai2 bertarian Bara2 Bere2...  I enjoyed!
Sempat makan bihun dan air kotak tajuk Yeos' s perisa soya. Semua yg lain.. ada biz sendiri. 
Lenguh dh nk tulis.  .. stop sini dulu. Byk lg nk tulis.

Untuk Dijual

jika berminat dengan NAN 1234
boleh hubungi sy. 'mobile ur biz'. 

Tuesday 26 August 2014

Kuala Lumpur

I love KL
... kena bangun awl2 pagi.

Miss Amalina

Terima kasih kepada Ma yang tersayang lagi dingati dan dirindui sentiasa.
Segala titip doa yang dipanjatkan tanpa henti - segalanya tidak akan terbalas.
maafkan anakmu andai selama ini , ......... (malas la nak taip)
Terima kasih kerana paksa saya berkahwin.
Terima kasih kepada adik-adik kerana menyuruh kak berkahwin.
Terima kasih kepada seluruh keluarga yang menyokong saya supaya berkahwin.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan dari sekolah tadika hingga mba yang sangat hebat.
Terima kasih kepada rakan-rakan kerja.
Terima kasih kepada bos-bos .. wow!
Terima kasih kepada seluruh kawan maya fesbuk - kenal dan tk kenal... u r awesome
Terima kasih yang tidak terkata kepada semua penyedia kelengkapan perkahwinan saya. Allah jua yang membalas jasa baik kalian. Segala bagai hantaran yang disponsor ...TERIMA KASIH.
Terima kasih juga kepada yang melengkapkan borang kahwin saya.... (pertama kali tak isi borang sendiri sedangkan saya selama ini sgt prihatin dengan apa jua borang2.)... walaupun saya cuma sign .... ada orang tolong isikan... terima kasih!
* tindakan saya berkahwin menyebabkan saya telah kehilangan seorang kawan yang tidak menyokong saya. tp tkper. Saya ikut mak saya kali ini. Mak saya bagitau sy selama seminggu berturut2. Kahwinlah... "InsyaAllah amalina selamat". Terima kasih Ma sbb menyuruh saya berkahwin.













Sekian terima kasih.
My name is Amalina
I am superpower. hahahhahaha.
terima kasih kpd irfan  adik kpd tuan azizi - yang amik gamba.

Rindu Abah

Adakah sbb abah dh tkder sy merindui abah?
Yang selalu sy kena ingat...
Kita sekarang hidup dgn penuh nikmat. Kita mesti sedar diri dan kena tahu bahawa setiap hari hidup kita adalah nikmat. Dan kita akan tersentap  dari sedar bila nikmat yg kita ada telah tiba2 ditarik  dlm apa keadaan.. - test3.. hello.

Sunday 24 August 2014

Mari hayati...

Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.

Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..

Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..

Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..

Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.

Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..

Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ker?

Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.

Nanti saya bawa ibu lagi yer.

Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..

Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejapsahaja..

Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.

Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...

Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya. 

Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..

Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.

Itulah mak.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...

Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.

Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.

Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka. Minta maaf. Buat baik. Jauhi yang haram-

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua Salam 16 Ramadhan.  Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia...