Tuesday 28 November 2017

School Holiday

Cuti sekolah... imbas zaman cuti sekolah sy... pagi2 ngaji quran dgn tokwan. ngaji sampai letih. abis ngaji quran... abah paksa tarik pelepah kelapa. ye laa... sbb sy tinggal di kebun kelapa. kelapa pun penah hempap bahu sy tau. tp masih selamat. lesai kumpul pelepah kelapa... punggah kayu api. hingga penuh stok. lesai tu... pegi belah kelapa... jemur. sy mahir membelah kelapa. sekali libas.. pecah sama rata!. lepas jemur... ptg.. pegi telangkup kan kelapa tu... sesekali buat jerat biawak. kadang2... pasang getah buatan sendiri ( minyak itam motor + getah asli).. tahan burung.. sesekali masuk dlm telaga.. mandi. ada musimnya... bakar bijik gajus dlm kuali buruk... meletop2... proses nak bakar butir ketereh lama... mula2 kena kumpul bijik2nya.. nak cepat.. panjat kat atas pokok.. pulas yg bersama buahnya... lepas kumpul.. bila dah byk.. kena jemur. untuk dpt byk.. kena tour kampung.... tp kt umah sy ada 3 pokok gajus seingat sy skrg semua dh tebang!. tiada lagi anak2 sedara yg bakar butir ketereh. skrg beli yg siap di pengkalan kubor!. tk perlu susah2. . nak meletop. bila dh jemur... cari geng... biasa adik2 kami dh geng. cari kuali buruk. buat tunku 3 tapak... guna batu bata. amik kira dgn jarak nk masukkan api. biasa guna daun2 nyor.. jalin bagi besar... bakar.. api semacam terbakar org goreng cha kueh tiyau kerang!..... bila dh ampir masak... sediakan pasir.. untuk padamkan api... bila sejuk.. dah ampir proses akhir. ketuk dgn batu... siap.- sedia dimakan! petang.. ikut abah lagi.. gi tolong punggah rumput yg dicerut.... masa2 tu sempat mengail ikan puyu. ikan haruan. guna umpan cacing.. yg sy korek kat kolah umah tokwan. ... setiap kali masuk kolah mandi.. setiap kali tu kena marah... tp bgtau tokwan... basuh kolah... hijau berlumut sgttt. .... nk komersial sket... paksa abah bg upah.. sbb basuh jamban sekolah depan umah. 1 jamban 50sen. ... dan kalau musim banjir... lagi best... mandi dr pagi sampai petang... abah bg pelampung treller... sbb tk reti2 berenang.... cuti sekolah abah tk penah bawa kami ke mana2. masa tu kami pun tak terpikir. ... itulah rutin.. terima kasih abah.. sbb paksa mengaji quran.. hehehe. ku sangka masa tu abah penjahat. tp abah sayang aku.!. wahhh.

Byk lagi kenangan yang saya lalui.
Sekarang dah lain. Bila tiba cuti sekolah.. mak ayah antar pegi camp! Kami masa tu bina camp sendiri. Hahhaha. Indahnya zaman kanak2. Diriku yang berani. Diriku yang yakin. Diriku yang bersemangat!

Tuesday 7 November 2017

The Opportunity!

“I am the greatest at what I do,” “There is nothing that I can’t do when I fully commit myself,” and “There is nothing ordinary about me. I am a champion.” 

Sunday 5 November 2017

Super Money

APA YG PENTING SEORANG TRADERS KENA TAHU SEPANJANG TRADING?
.

1. Indeks KLCI , ini adalah kerana indeks menunjukkan sentimen market secara keseluruhan. Jika indeks drop bawah support sentimen boleh menjadi negatif (bearish) di mana rata2 traders berjaga2 dan ready utk selamatkan modal.
.

2. Sektorial - kenapa nak tgk sektorial, ini adalah kerana setiap sektor ada kitaran pergerakan nya, tidak akan berlaku semua sektor bergerak serentak, yg selalunya berlaku adalah 1-2 sektor yg aktif dalam satu2 masa dalam beberapa ketika, kemudian bila dah habis fasa aktif akan jadi tak aktif dan sektor lain pula jadi aktif.
.

3. Pergerakan harga dan volum. Ini adalah komponen utama dalam chart yg anda kena faham.
.

4. Trend semasa - harga bergerak dalam trend, seboleh2nya jgn berlawanan dgn trend kerana anda hanyalah secebis kecil butir2 pasir sahaja dalam market berbanding keseluruhan market.
.

5. ilmu asas saham. Jangan mula melabur, trade atau beli dan jual apa2 kounter dalam pasaran saham selagi mana anda sendiri (diri anda sendiri) belum tahu asas ilmu saham kerana tidak kira byk modal pun boleh hilang sekelip mata tanpa ilmu dan teknik yg betul.
.

6. Cara baca platform, kenapa platform penting? kerana di situlah tempat anda nak masukkan modal anda , nak keluarkan balik modal anda, nak tekan butang buy, nak tekan butang sell, nak tgk pergerakan kounter2 yg aktif , nak tgk kounter2 berpotensi atau tak dan sebagainya. Kena belajar cara baca maklumat kat platform.

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua Salam 16 Ramadhan.  Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia...