APA YG PENTING SEORANG TRADERS KENA TAHU SEPANJANG TRADING?
.
1. Indeks KLCI , ini adalah kerana indeks menunjukkan sentimen market secara keseluruhan. Jika indeks drop bawah support sentimen boleh menjadi negatif (bearish) di mana rata2 traders berjaga2 dan ready utk selamatkan modal.
.
2. Sektorial - kenapa nak tgk sektorial, ini adalah kerana setiap sektor ada kitaran pergerakan nya, tidak akan berlaku semua sektor bergerak serentak, yg selalunya berlaku adalah 1-2 sektor yg aktif dalam satu2 masa dalam beberapa ketika, kemudian bila dah habis fasa aktif akan jadi tak aktif dan sektor lain pula jadi aktif.
.
3. Pergerakan harga dan volum. Ini adalah komponen utama dalam chart yg anda kena faham.
.
4. Trend semasa - harga bergerak dalam trend, seboleh2nya jgn berlawanan dgn trend kerana anda hanyalah secebis kecil butir2 pasir sahaja dalam market berbanding keseluruhan market.
.
5. ilmu asas saham. Jangan mula melabur, trade atau beli dan jual apa2 kounter dalam pasaran saham selagi mana anda sendiri (diri anda sendiri) belum tahu asas ilmu saham kerana tidak kira byk modal pun boleh hilang sekelip mata tanpa ilmu dan teknik yg betul.
.
6. Cara baca platform, kenapa platform penting? kerana di situlah tempat anda nak masukkan modal anda , nak keluarkan balik modal anda, nak tekan butang buy, nak tekan butang sell, nak tgk pergerakan kounter2 yg aktif , nak tgk kounter2 berpotensi atau tak dan sebagainya. Kena belajar cara baca maklumat kat platform.
No comments:
Post a Comment