Saturday, 9 April 2016

Layan saham

7 Langkah Memulakan Pelaburan Saham Untuk Pelabur Baru

7langkah

Tidak ada orang yang lahir-lahir terus pandai melabur saham.

Semuanya bermula dengan zero.

Kalau nak tunggu pandai baru nak bermula, sampai bila-bila takkan pandai. Sebaliknya, mula dahulu supaya jadi pandai.

Jadi macam mana nak bermula dulu supaya jadi pandai tu ? Begini.

1) Buka Akaun CDS & Akaun Trading

Sediakan RM 10.60 dan pergi jumpa remisier / dealer.

Mereka ini bertugas dengan syarikat broker berlesen.

Senarai syarikat broker ini ada di laman web Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com). Rajinlah sikit cari info sendiri, jangan tunggu disuap sahaja. Kalau nak cari senarai syarikat broker pun perlu disuap, payah tu nanti nak buat analisa saham sendiri.

Memandangkan tuan membeli saham secara tunai, maka tak perlu tunjuk slip gaji. Maka, apabila tak perlukan slip gaji, sesiapa yang berusia 18 tahun dan ke atas dah dapat buka akaun. Sama ada tuan seorang pelajar, penganggur atau pun suri rumah.

Ada simpanan secukupnya dah dapat bermula.

2) Belajar Guna Online Trading Platform

Lepas dah siap akaun, belajar lah sikit dari remisier / dealer tu.

Bukan semua benda dapat tahu dari internet. Lebih-lebih kalau tak berapa celik IT. Berhenti mengadap komputer / smartphone dan jumpalah orang sebenar i.e. remisier / dealer yang jaga akaun tuan tu.

Belajar apa ?

Cara guna online trading platform syarikat broker itu lah. How to buy, how to sell, macam mana nak masukkan modal dan seterusnya. Perkara-perkara teknikal semacam itu.

Apa-apa tak faham bab teknikal sebegitu, kena terus tanya remisier / dealer.

Itu tugas mereka untuk membantu tuan berjual beli guna trading platform tu.

3) Masukkan Modal

Berapa ?

Ok, berapa duit lebih yang tuan ada sebulan ?

Susah sangat, sediakan sejumlah modal yang sama jumlahnya dengan langganan televisyen berbayar yang beratus-ratus tu setiap bulan. Kalau tuan dapat kayakan tauke syarikat televisyen berbayar tu setiap bulan, maksudnya tuan dapat kayakan diri sendiri juga.

Atau, masukkan modal yang jika tuan rugi 100% sekalipun tidak jatuh miskin.

Minimum beli saham adalah 1 lot, bersamaan 100 unit.

Kalau harga saham tu RM 0.40, maka RM 0.40 x 100 = RM 40.00 (sebelum kos brokerage dan lain-lain)

Kalau harga saham tu RM 4.00, maka RM 4.00 x 100 = RM 400.00 (sebelum kos brokerage dan lain-lain)

4) Terus Beli 2,3 Syarikat Dulu

Jadi bulan pertama, beli 1 lot saham A dengan jumlah modal tu.

Bulan kedua, beli 1 lot saham B pula. Bulan ketiga, beli 1 lot saham C pula.

Takde idea nak beli apa ? Mudah sahaja nak beli saham ni. Bayangkan …

Sekejap tadi, jam 10 pagi, tuan singgah stesen minyak.

Selain nak isi minyak, tuan berasa haus, lalu membeli sebotol air mineral Spritzer yang dingin , bertudung botolkan warna hijau.

Belek-belek botol. Syarikat ini beralamat di Taiping, Perak.

Sambil beratur untuk bayar di kaunter, buka Google. Search Spritzer. Baca punya baca. Eh, syarikat awam berhad rupanya. Sahamnya dapat dibeli di Bursa Malaysia. Shariah compliant lagi.

Eh, syarikat jual air pun ada di Bursa Malaysia ?

Macam mana nak beli sahamnya ?

Adakah tuan kena pergi ke Taiping, ketuk pintu pejabat, jumpa CEO, jumpa CFO ?

Oh, tidak perlu.

Lepas isi minyak. Parking kereta tepi.

Tuan login trading platform. Klik buy @ market price. Atau,
Tuan login guna apps. Klik buy @ market price.
Tunggu sekejap. Done.

Syarikat Spritzer juga ada rekod memberi dividen setiap tahun.

Itu sahaja ilmu ‘pelaburan’ yang tuan perlu tahu… setakat ini.

5 pembelian pertama saham kita adalah langkah pertama nak kenal dunia saham.

Kita membuat pelaburan pertama dalam keadaan kita masih bodoh dalam logik pelabur saham. Pembelian-pembelian tersebut memang DIJAMIN rugi. Tak perlu takut dengan kesilapan. Tak buat silap, tidak akan jadi pandai.

Dah buat, dah rasa sendiri turun naik harga, baru kita tahu apa sebenarnya yang kita tidak tahu.

Waktu itu baru berbaloi masuk kelas. Baru berbaloi untuk baca buku. Baru lah dapat menjadi pandai.

5) Baru Pergi Belajar Secara Formal

Tak perlu habiskan duit beli buku dulu.

Usah sibuk pergi kelas dulu.

Terus bertindak, buka akaun dulu dan beli saham secara hentam sajalah dengan modal yang kalau rugi 100% tak jatuh miskin. Nak berteori sangat, sila masuk universiti.

Apabila dah melakukan perkara ini, maka tuan dapat melalui fasa tak tahu yang seterusnya iaitu – tidak tahu nak buat apa pula apabila sudah bermula. Ketika ini barulah pergi belajar strategi-strategi pelaburan saham melalui seminar / buku / coaching dan sebagainya.

Waktu tu, baru seronok pergi kelas. Faham
Baru best baca buku. Cerah.
Barulah tahu nak tanya soalan apa. Dah ada pengalaman.
Bercakap mengenai strategi pelaburan saham, menurut Benjamin Graham, iaitu sifu kepada Warren Buffett, sekurang-kurangnya 4 strategi pelaburan saham.

i. Beli ketika pasaran saham jatuh teruk secara keseluruhannya

Bust!

Beli ketika semua orang menjual.

John Templeton membeli 104 syarikat ketika era Great Depression, 34 daripadanya bankrap dan nilai pelaburannya berkembang sekurang-kurangnya 4x ganda, beberapa tahun kemudian.

ii. Beli syarikat yang nilainya berpotensi untuk berkembang

Syarikat ini ada masa depan.

Strategi yang agresif.

Perlu ada kemahiran mengenal pasti bisnes yang berpotensi dan membelinya sebelum semua orang tahu. Jika syarikat tu dah jadi saham yang hot, maka jangan kejar untuk beli.

iii. Beli syarikat yang dijual pada harga yang lebih murah dari nilai

Mengambil kesempatan dari kegilaan Mr Market.

Atau sentimen turun naik harga pasaran saham. Iaitu apabila harga saham jatuh tetapi nilainya tetap atau menaik.

iv. Special situation.

Seperti arbitrage. Spinoff. Merger. Acquisition dan lain-lain.

Untuk tahu 2 strategi pelaburan saham dari 4 strategi yang disebutkan itu, sila dapatkan Tutorial Online Panduan Saham Untuk Pelabur Baru; Ubah Gaji Jadi Harta. Tuan dapat baca dulu contoh bab dalam tutorial online tersebut dengan klik link di bawah:

— Tutorial Online Panduan Saham

6) Kalau Malas Buat Analisa, Berhenti Melabur Saham

Dah belajar secara formal dan masih tak mahu analisa, tak perlu melabur saham.

Untung besar mahu, buat kerja tak mahu. Itu tak betul.

Sama ada nak guna strategi baca carta saham atau baca penyata kewangan, kena rajin buat analisa sendiri. Orang yang rajin buat analisa saham ni selalu bermula dari asas yang sama, iaitu dia ada disiplin simpan duit. Kalau simpan duit pun tiada disiplin, bila mula beli saham nanti memang timbul cerita pasal rugi sahaja.

Terima kasih, kerana bertanya.

Sila pakai duit sendiri, bukan duit hutang dan pinjam meminjam.

7) Bersedia Untuk Rugi

Beli-beli untung.

Jangan rasa dah hebat sangat.

Kalau dapat untung cepat, itu bonus. Nasib baik sahaja tu. Sila beri masa 3 tahun untuk belajar selok-belok pelaburan dalam dunia sebenar. Tempoh 3 tahun pertama ini adalah tempoh lesen ‘P’.

3 tahun pertama gunakan modal yang sanggup rugi 100%. Lepas tengok dah dapat buat untung secara konsisten, baru gunakan modal yang serius. Iaitu modal yang memang untuk grow the  money.

Kalau rugi ?

Memang sudah disebut awal tadi, pelaburan saham DIJAMIN rugi.

Selaku orang yang bijaksana, tuan dapat rasa jika pelaburan saham ini adalah jodoh tuan untuk kembangkan harta selama 30 tahun. Jika tidak serasi, sila berhenti urus pelaburan saham sendiri.

No comments:

Post a Comment

Peringatan kematian kerana ianya pasti...

 Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya...