Wednesday, 24 September 2014

Rahsia Kaya

Nama aku DUIT,
kadang org panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi.
(Sape tak baca rugi, dan sila share dgn kenalan anda)
Rupa aku biasa je,
badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku.
Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia,
kerana manusia mengidolakan aku.
Ramai orang merubah keperibadiannya,
mengkhianati kawan,
memutuskan persaudaraan,
menjual maruah,
malahan meninggalkan keyakinan imannya,
demi aku!
Aku tak mengerti perbezaan orang senang dgn orang susah,
tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat,
menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.
Aku bukan Iblis,
tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku.
Aku juga bukan orang ketiga,
tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.
Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku.
Sangat jelas juga aku bukan tuhan,
tapi manusia menyembah aku seperti tuhan,
bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku,
padahal seringkali mereka diingatkan supaya jgn sesekali menjadi hamba duit.
Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.
Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat tetapi aku tidak mampu untuk memanjang kan jangka hayat hidup seseorang.
Sedarkah anda,
aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya.
Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam.
Walhal,
tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.
Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu.
Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya.
Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya. .
Yang benar,
Duit..
BILA KITA POST ↓ 'Allahuakbar' 'Subbahanallah' 'Astaghfirullah' ↑
automatik ada orang baca .. senangkn buat pahala ..
ISLAM ITU MUDAH !!!

Monday, 22 September 2014

Diamond Dash

Dh seminggu sy bukan top 5 dalam Global Tournament bermain Diamond Dash. Sy terpikir... apakah kuasa2 yang org lain guna hingga dpt markah yg sgt tinggi. Begitu juga sy terjebak dlm larian... mula2 sy agak ke depan. Bila sy pandang belakang... ramai lagi di belakang sy. Okey rilep lagi. Tp bila dh melepasi bukit... sy tgk makcik dah melepasi sy. Siap berlari! Saru lg , Apa sy nk kata, pengalaman sy pegi umrah... apa yg buat sy terpikir. .. roommate sy yg katogeri nenek... begitu bersemangat! Dia bukan baru pertama kali mcm sy. Tp dh 5 kali.  Bangun awl. Bersiap awl. Sy yg terkedek2. Katanya ... anak kita kena pantas jgn berlengah!

Wednesday, 3 September 2014

Kad Raya

Tahun 2014 sy cuma antar kad raya kpd emak tercinta di kampung halaman... itulah satu2 kad yang sy antar.
Sy tulis pada kad raya tersebut...
Ma, doakan anakmu ini. Semoga Ma sihat dan nikmati kegembiraan yang ceria bersama kami semua. I love u Ma.
Sekian,  salam ingatan dr. Amalina.

Tp pada masa yg sama persatuan avengers turut juga antar kad raya kpd sultan brunei! Beb isi nama sy satu.!   Sy  adalah penghantar kad raya kpd sultan brunei sejak dari sekolah menengah. 

Dan yg bestnya... Sultan Brunei selalu reply kad raya yg dihantar...  thn ni. Tkder cek...  penah dpt cek raya!

Peringatan kematian kerana ianya pasti...

 Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya...