Semasa saya darjah 4, saya belum terasa saya ada adik lelaki 3 orang.
Tok ayah kami belikan kami basikal.
Saya dapat basikal biasa. sedangkan yang lain dapat BMX.
kami sama2 ke sekolah.
Tetapi bila masuk sekolah menengah...
saya masuk asrama, setiap kali awal tahun persekolahan,
wajib ada sesi taaruf. Dari tingkatan 2 hingga ke tingkatan 5,
saya akan perkenalkan diri... dan apa yang berubah ialah
bilangan adik beradik. Setiap tahun bertambah.
Saya masih teringat lagi, saya di tahun akhir Universiti Malaya..
sekembali saya setelah selesai peperiksaan semester, saya bakal ada
adik nombor 11!.
Perkara pertama ... saya pergi mengadap abah saya... abah ramainya adik.
Masa tu abah statik di kerusi malasnya dengan keadaan abah tidak sihat.
Abah stroke sejak umur saya spm. Tetapi abah kuat, sebab itulah hospital benarkan
abah pulang dan mendapat rawatan di rumah sahaja.
Sepatah saya kata kat abah masa tu" abah ni gatal la".
Tapi saya masih ingat. abah senyum.
Kesan dari situ, Allah Maha Kaya, Maha Penyayang..
adik nombor 11 kami dipanggil pergi ....
Tamparan besar untuk saya dalam bercakap. Mesti berhati2 apa sahaja percakapan.
Al Fatihah untuk Abah.
Al Fatihah untuk Adib.
Rindu sebenarnya.
No comments:
Post a Comment