Wednesday, 26 October 2016

Bijak vs Cerdik

Assalammualaikum.
Semoga Allah memberkati kalian
Kisah Siak(noja)  Masjid

Ada dua sahabat yg terpisah cukup lama; Ahmad dan Zainal Abideen. Ahmad cerdik dan pintar, tapi kurang beruntung secara ekonomi. Sedangkan Zainal Abideen adalah seorang yg biasa-biasa saja.

Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yg istimewa; di koridor wudhu, koridor tandas sebuah masjid megah dgn infrastruktur yg cantik, yg memiliki sisi pandang pergunungan serta kebun teh yg terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah mempersona.‎

Zainal Abideen sekarang adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, Tapi tetap menjaga jatidiri seorang muslim yang mukmin.

Lazimnya setiap kali keluar ke kota, dia sempatkan dirinya untuk singgah dimasjid dimana yg ia lalui.

Untuk memperbaharui wudhu, dan sujud syukur.

Jika masih dapat waktu yg diperbolehkan solat sunat, maka ia akan solat sunat juga sebagai tambahan.

Seperti biasa, ia tiba di Puncak Tengah Kota, Bandaraya lembah kelang. Ia mencari masjid, dan bergegas masuk ke masjid yg ditemuinya

Di sanalah dia ditemukan dgn kawannya. Cukup terperanjat Zainal Abideen. Ia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga tak punya harta, tapi pintarnya MasyAllah, luar biasa.

Zainal Abedeen tidak menyangka, bila hampir 20 tahun kemudian ia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid itu.!‎

“Maaf, kamu Ahmadkan ? ..kawan sekolah dan kursus diploma saya dulu?”.

"Ya, saya"

jawap Ahmad.

Lalu berpelukanlah mereka. 

“Hebat sekali kamu ya Zainal Abideen, MasyAllah"

Puji Ahmad saat melihat Zainal Abideen yang segak bergaya korporatnya. Lengan yg digulungnya untuk mengambil wudhu, menyebabkan jam mewahnya terlihat .

“Ah, biasa ja…”

balas Zainal Abideen

Zainal Abideen merasa hiba.. Ahmad dilihatnya sdg memegang kain mop. . seluarnya disentengkan, dan kopiahnya ditarik ke belakang sehingga dahinya yg lebar terlihat jelas.

“Mad… Ini kad nama saya…”.

Ahmad melihat.

“Pengarah Urusan ! Wahh, hebat."‎

“Mad, nanti habis solat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di pejabat saya ada pekerjaan yg lebih baik dari sekadar siak di masjid ini. Maaf…”.

Tegas Zainal Abideen ikhlas nak bantu kawan lamanya

Ahmad tersenyum kegembiraan. Ia mengangguk.

“Terima kasih ya.. Selesaikan saja dulu solatnya. Saya pun nak selesaikan pekerjaan bersih2 dulu… Silakan ya "

balas Ahmad.

Sambil wudhu, Zainal Abideen tidak habis-habis berfikir. Mengapa Ahmad yg pintar, tapi cuma kerja sebagai siak di masjid? Ya, meskipun tidak menjadi kesalahan pekerjaan sebagai siak , tapi siak… ah, fikirannya tidak mampu memahamkan situasi Ahmad. 

Air wudhu membasahi wajahnya…

Sekali lagi Zainal Abideen melewati Ahmad yg sedang membersih lantai masjid. Andai saja Ahmad mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy”.

Tanpa sedar, ada yg solat di belakang Zainal Abideen. Sama2 solat sunat agaknya. 
Ya, Zainal Abideen sudah solat fardhu di masjid sebelumnya. 
Zainal Abideen sempat melirik..

“Barangkali ini kawannya Ahmad…”, gumamnya.

Zainal Abideen menyelesaikan doanya secara ringkas. Bingkas dia bangun untuk berbicara dgn Ahmad.

“Encik,”

tiba2 anak muda yg solat dibelakangnya menegur.

“Iya dik..?”

“Encik, kawan lama dengan Haji Ahmad…?”

“Haji Ahmad yang mana…?”

“Itu, yg Encik bersembang tadi…”

“Oh… Ahmad?
Ya, kenal.
Kawan saya dulu di sekolah, dah haji dia?”

“Dari dulu sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…”.

Kata adik itu cukup mengejutkan.

Tapi cukup menampar hatinya Zainal… Dari dulu sudah haji…?
Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…?

Anak muda ini kemudian menambah,

“Beliau orang hebat, tawadhu’. Sayalah siak masjid ini yg sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yg bangunkan masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau membina sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit mereka yg mahu solat.

Encik nampak .....mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? …
Itu semua milik beliau... Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, aneh... Iaitu gemar menggantikan tempat saya. Kerana suara saya bagus, kadang2 saya disuruh mengaji dan azan saja…”. tambah anak muda itu.

Terdiam Zainal Abideen, entahlah apa yg ada di hati dan di fikirannya…‎

*****‎

‎Bagaimana menurut kita ?

Jika  Hj Ahmad itu adalah kita, mungkin saat bertemu kawan lama yg sedang melihat kita membersihkan toilet, segera kita memberitahu siapa kita yg sebenarnya. 

Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid,  maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahawa kita inilah pewaqaf dan yg membangun masjid ini.

Tapi kita bukan Haji Ahmad. Dan Haji Ahmad bukannya kita. Ia selamat dari rosaknya nilai amal, Tenang saja. .

Haji Ahmad merasa tidak perlu menjelaskan apa-apa. Dan kemudian Allah yg memberitahu siapa dia sebenarnya...‎ jika Allah kehendaki

MasyAllah ..!!
Jom kongsi, semuga lebih bermenafaat

(Org yg ikhlas itu adalah org yg menyembunyikan kebaikan2nya, spt ia menyembunyikan keburukan2nya)

(Tazkirah)

Friday, 7 October 2016

Tidak Solat

Bacalah : Kisah Seorang Pemandu Lori yang sering meninggalkan Solat Zohor

Kali ini saya ingin menceritakan kisah seorang pemandu lori yang sering qada solat zohor di waktu asar kerana hendak mengejar waktu penghantaran supaya tidak lebih dari pukul 5.

Pemandu lori sering menghantar barang tapi apabila masuk waktu zohor, dia tidak berhenti sekejap untuk solat kerana dia takut terlambat sampai ke destinasi bagi mengejar masa yang ditetapkan.. kerana jika lambat akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya.. dia juga berkata kadang-kadang dia terlambat juga sampai ke destinasi.. kalau dia solat lagi lah dia lambat.. Dan dia bertemu dengan seorang Ustaz bagi mendapatkan bolehkah dia buat begitu..

Ustaz menjawab, janganlah membuat begitu.. takkanlah solat sekejap pun tak boleh.. disebabkan anda nak kejar masa, saya bagi sedikit cadangan.. waktu zohor nanti, awak berhenti untuk solat.. tapi awak solat benda yang wajib je.. yang sunat awak tak payah buat.. wirid lepas solat tak payah buat.. tapi jangan solat dalam keadaan gopoh.. cuba buat dulu...

Pemandu lori itu mengangguk lalu dia pun mula melakukan solat zohor apabila sampai waktunya.. beliau mengambil masa dalam 4-5 minit untuk solat.. hasil daripada beliau solat zohor itu, beliau tiba ke destinasi 15 minit lebih awal berbanding dengan sebelum ni yang beliau tidak solat zohor... langsung tak de jem.. lancar je perjalanan beliau... subhanallah.. inilah kuasa Allah..

Kejadian ini saya rasa selalu berlaku di dalam persekitaran kita.. kita lebih mementingkan tentang perkara di dunia dan sanggup menepikan perkara yang benar-benar penting dan wajib iaitu solat..
Ramai orang lebih mengejar masa tapi ramai yang terlupa bahawa Allah lah yang menciptakan masa.. tiada satu pun zarah dalam dunia dapat bergerak melainkan dengan izin Allah tapi di mana kita meletakkan Allah di hati kita ?? Allah berkuasa atas segala-galanya..

Contoh , jika kita ada 'appointment' dengan klien pukul 2 petang.. pukul 1 kita dah sampai coffee house.. tak nak terlambat sebab takut hilang projek... solat zohor lebur.. habis waktu asar baru buat..
Contoh , Kita keluar rumah atas beberapa urusan, kemudian masuk waktu solat, tapi kita tangguhkan solat tersebut atas alasan pakaian tidak bersih, walhal islam mengutamakan kebersihan dan kita boleh juga bawak pakaian extra letak saja dalam kereta. Kenapa perlu beralasan dengan Allah.

Tapi bab solat, kadang nak habis waktu baru kita nak solat.. langsung kita tak jaga sebab apa ? sebab kita tak nampk hasil dia di dunia tapi kita lupa tentang akhirat yang kekal selama-lamanya.. Dia yang memberikan kita rezeki, kesihatan malah segala-galanya tapi kita masih meletakkan Allah di tempat kedua berbanding urusan duniawi kita.. layakkah kita dengan syurga Allah yang tiada tandingannya itu ??

Renungan untuk diriku dan keluargaku tersayang...

Tuesday, 6 September 2016

Berkat Doa

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang...Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,

dan aku bersumpah demi Allah.... agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "

*Begini doanya:*

اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (.....) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم                                                                      

"Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii.... (sebut nama anak-anakmu satu persatu)... tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum"

(Yaa Allaah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Yaa Allaah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).

Kemudian setelah berselang beberapa minggu setelah tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat doa itu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.

*Maka berceritalah si Ibu itu:*

Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.

Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku, dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.

Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata : mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal?? dan seterusnya....

dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.

Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku, dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian, dan didalam diriku ada sedikit syak?

Dan kemudian ku dapati anakku mandi, padahal aku tak menyuruhnya.......

Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, "Apa kabar ibu?" dengan suara lembut yang tak pernah kudengar darinya sebelum itu.

Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali.....

4 jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, "Ibu, saya disamping masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call….”

Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku??

Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?

Jawabnya; "Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat……………….”

Sejak itu kehidupanku berubah 180 derajat, dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.

Tak pernah aku mengalami kebahagian seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian…..

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Shaa' Allaah.

Khas untuk ibu2 dlm group ini:
Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

Copy dari grup MMP.
Posted by Yana Awang

Monday, 29 August 2016

Qurban Zulkaedah

Assalam...betul ke ni..
‏يوم الجمعة
٣٠/ ١١ / ١٤٣٧ هـ
٠٢/ ٠٩ / ٢٠١٦ م
آخر يوم لقص الشعر وتقليم الأظافر لمن لديه نية الأضحية
أنشر لتذكير
HARI JUMAAT
30 Zulkaedah1437 H
02/09/2016 M
HARI TERAKHIR, POTONG RAMBUT DAN KUKU, BAGI MEREKA YANG NIAT UNTUK BER QURBAN.
Sebarkan Untuk sekedar sebagai Pengingat...
➖➖➖➖➖➖➖➖
JAWAPAN

Ya..betul, perbuatan sedemikian itu ditegah jika orang yang haji dan umrah itu berazam untuk melakukan qorban, kerana hadis ada menyebut:

"إذا دخل شهر ذي الحجة وأراد أحدكم أن يضحي فلا يأخذ من شعره ولا من بشرته ولا من أظفاره شيئاً " رواه الإمام مسلم في صحيحه ... اهــ .

Apabila masuknya bulan zulhijjah padahal seseorang dari kamu ingin mengorbankan binatang maka dia tidak boleh mengambil dari rambutnya, kulitnya dan tidak juga kukunya sikit pun.

Namun tegahan seumpama itu disisi pendapat mazhab kita ia adalah satu tegahan makruh  tanzih sebagaimana disebut oleh imam Nawawi rahimahullahh didalam kitab majmuknya:

"مذهبنا أن إزالة الشعر والظفر في العشر لمن أراد التضحية مكروه كراهة تنزيه حتى يضحي".

Di sisi Mazhab kita syafie sesungguhnya membuang bulu atau kuku didalam sepuluh hari bulan zulhijjah bagi mereka yang berkehendakkan qorban maka hukumnya makruh tanzih sehinggalah ia telah selesai qorbannya.

Monday, 22 August 2016

Ampuni dosaku

AKIBAT SOLAT DI HUJUNG-HUJUNG WAKTU

Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit;

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

--
Kongsikan kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka.
Siapa tahu?
Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman. peringatan utk saya juga..
-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang-

Saturday, 13 August 2016

Mission Completed

Mencabar diri telah selesai.
Terima kasih kawan2
Yang begitu spotting.
Anda hebat!
Day 1 to day 7.
Berjaya! Yeaahhh!

Kereta pertama

Mama bagitau...
Ini kereta yang mama hadiah
Kebetulan hari kidal sedunia.
Sebab mama dan AffnanMumtaz
Adalah sama2 kidal.

Monday, 18 July 2016

Kawan sekolah

Kita selalu bersembang maya dengan kawan2 kita.
Seronok.
Tapi jumpa sekali sekali juga seronok tak terkata.
Sayangi kawan2 kita.

Saturday, 25 June 2016

Umur Setahun

Mama bagitau:
Tiada kek besar bersama lilin 1 batang
Pada hari lahir AffnanMumtaz  yang Pertama.
Bukan sebab jatuh pada 17 Ramadhan 2016.
Kita ubah style.
Kita doa selamat. Baca Al Hasyar 3 kali.

No cake. But still celebrating .
AffnanMumtaz  lahir 22 Jun 2015/ 5 Ramadhan 2015.

Mama berjaya lesaikan puasa ganti  tu dh kira hadiah paling besar.

Wednesday, 8 June 2016

Hebatnya Bersedekah

_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?_

_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._
------------------------------------------------

_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_

_*Satu*_
_Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

_👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

_👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_

_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

_18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

_*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_

Thursday, 5 May 2016

Khidmat Anak

Sharing is caring

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak talipon bila dah semua urusan selesai,Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau,saya pulang kerumah dan menunggu Mak talipon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam,Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital,sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan,diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya,di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak,selesai rawatan,sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung,sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat,dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,'hujan lebat didalam kereta' sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan,saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir dihadapan Mak,saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor,mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak,
mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak,saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat,selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta,membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya 'Mak ada nak beli apa apa ke',
YA ALLAH,ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor,rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan disini ada blok A,blok B dan sangat luas,ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah,beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya,saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin,berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugi lah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah,setakat ini saya gagah kesana sini berjalan laju di hospital,namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini,saya akan rasa selesa,bangga,terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai 'SEMANGAT'.

Anak anak sekelian,saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku,sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil'.
Al Isra' 23 & 24

Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad
Institut Jantung Negara IJN,
Kuala Lumpur,
4-5-2016.

Bermunajat kepada Allah SWT

 Seorang ahli ibadah yang bernama Abu bin Hasyim, seorang yang sentiasa solat sunat tahajud. Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah tinggal ...