Tuesday, 30 June 2015

Qodha Puasa

Ustaz.kenapa perempuan uzur perlu diganti puasa yg ditinggalnya.adapun solat tidak perlu diganti.apa bezanya antara dua rukun itu.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Jawapan:

Soalan seperti itu pernah dilontarkan kepada ummu mu'minin didalam satu hadits yang diriwayatkan oleh Mu'adzah radhiyallahu anha katanya;

سَأَلْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ مَا بَالُ الْحَائِضِ تَقْضِي الصَّوْمَ وَلَا تَقْضِي الصَّلَاةَ فَقَالَتْ أَحَرُورِيَّةٌ أَنْتِ قُلْتُ لَسْتُ بِحَرُورِيَّةٍ وَلَكِنِّي أَسْأَلُ قَالَتْ كَانَ يُصِيبُنَا ذَلِكَ فَنُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلَا نُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلَاةِ

"Saya bertanya kepada Aisyah kemudian saya berkata, 'Kenapa orang wanita yang haid perlu mengqadha' puasanya dan padahal tidak perlu mengqadha' solatnya? ' Maka Aisyah menjawab, 'Apakah kamu dari golongan Haruriyah? ' Aku menjawab, 'Aku bukan Haruriyah, akan tetapi aku hanya bertanya.' Dia menjawab, 'Kami dahulu juga mengalami haid, maka kami diperintahkan untuk mengqadha' puasa dan padahal tidak diperintahkan untuk mengqadha' solat'." (Shahih Muslim, no.335)

Hadis ini telah menunjukkan kepada kita bahawa wanita yang dalam haid diwajibkan mengqodha' puasa fardhunya, namun tidak diwajibkan mengqadha' solat fardhu. Ketetapan hukum ini telah disepakati oleh semua ulama' (ijma') segamaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi, Imam Ibnul Mundzir, Imam Zuhri dan ulama'-ulama' lainnya.

Adapun tentang hikmah dua perkara itu berbeza ada disebut didalam Syarah Shahih Muslim juz 4, Imam Nawawi dalam membahaskan hadis tersebut berkata;

 قال العلماء والفرق بينهما أن الصلاة كثيرة متكررة فيشق قضاؤها بخلاف الصوم فإنه يجب في السنة مرة واحدة وربما كان الحيض يوما أو يومين...

Berkata para ulama, " Perbezaan diantara kedua-dua itu ialah solat itu adalah kefardhuan yang banyak, lagi berulang dilakukan, sehingga menyebabkan susah untuk mengqadha'nya, berbeza dengan puasa fardhu kerana kewajipannya itu hanya dilakukan sekali dalam setahun terkadang hanya berlaku satu atau dua hari dalam setahun. 

Saya katakan bahawa solat itu adalah perkara ibadat yang kita berhubung terus dengan Allah justeru dimaafkan kepada wanita-wanita jika ianya tertegah dari kerana datangnya haid.

Adapun puasa walaupun ianya adalah satu ibadat namun tetap berkait dengan manusia lain dimana hikmatnya supaya setiap manusia merasai lapar dan dahaga justeru merasai perasaan orang-orang fakir miskin maka sebab itu diwajibkan. والله أعلم

No comments:

Post a Comment

Peringatan kematian kerana ianya pasti...

 Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya...