Minggu lepas...
pada 22 Jun 2015 bersamaan 5 Ramadhan ( Hari Isnin) saya bersiap2 seperti biasa
untuk pergi berkerja.
Bangun awal pagi sebab nak bersahur.
Selesai solat subuh... siap2. warm up enjin kereta.
Ikut jalan biasa.... dan macam biasa kereta2 sangat banyak di jalanan.
Okey... pandu dengan rilep. cool. senyum.
Sampai di parking entry.. ucap... "good moning kakak".... Kakak jaga parking. rutin saya setiap kali nak masuk parking.
Kadang2 bila saya tanya " kakak apa khabar?"... Kakak tadi akan jawab . Alhamdulillahh! ... Saya kadang2 konpiuz... Kakak tadi bukan Muslim. tapi dia sangat baik pada saya.
Saya telah pernah pergi Deepavali kat umahnya di Gombak. Siap makan maruku. Makan nasik!... Rasanya kakak ni baik dengan semua pelanggannya.
Pada 22 Jun tersebut, saya telah memohon cuti untuk tempoh 3 bulan.
Sangka saya, selepas ke hospital saya akan pulang semula ke tempat kerja. Sebab saya ingat hal kecemasan yang saya alami untuk kelahiran Affnan Mumtaz adalah perkara biasa. Doktor pun takder sebut2 bahawa kes saya adalah kes kecemasan kritikal.
Alhamdulillahh , Syukur kepada Allah yg masih lagi memberi kehidupan kepada saya. Sedar2... saya di luar bilik bedah.
Lepas ni saya nak tulis pengalaman di HKL.
No comments:
Post a Comment