Thursday, 30 July 2015

Surah Taubah

Knp tidak pyh baca basmallah sblm surah attaubah?
➖➖➖➖➖➖➖
Pencerahan:

Di zaman saidina Osman radiallahu anhu  sahabat- sahabat mengumpulkan Al-Quran padahal mereka tidak menulis basmalah diantara surah Anfal dan surahTaubah kerana saidina Osman syak keberadaannya adakah surah taubah sebahagian dari surah Anfal atau berhubung  adakah dua surah itu bersekali atau dua surah yang berasingan.

Kerana itulah mereka tidak menulis dipertengahan dua surah itu dengan basmalah.

Kalau seseorang itu membaca surah Taubah dia hanya perlu berta'awuz sahaja.

Kalau dia membaca hubung dari surah Anfal sehingha surah taubah maka dia tidak perlu membaca ta'awuz lagi bahkan tak perlu membaca apa-apa.

No comments:

Post a Comment

Peringatan kematian kerana ianya pasti...

 Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya...