Dari kecik hingga ke tk kecik... aku memang minat dgn movie2 superhero. Selain dr imaginasi tahyul yg cuba ditonjolkan kt movie... ada perkara yg boleh aku hadam.
1) team work
2) co operation
3) help others
4) hi technology
5) hero2nya hensem!.
Ya Allah... aku bersyukur dgn segala anugerah yg telah Kau kurniakan kpd diriku ,
( anugerah yg tidak dpt nk banding nilaiannya) dari aku tiada apa2 hingga apa yg aku miliki , nikmati, kecapi dll ke saat ini. Terima Kasih Ya Allah.
Semoga aku dpt siap kerja sekolahku dgn jaya dan gembira.
Org kata... org tua ni org bijak. Minggu lps aku ada bincang dgn adik aku... pasal belaja. Kenapa org bleh capai lebih jauh dari kita. Apa yg org lain buat. Adik aku kongsi satu perkara: katanya professor nya... untuk jd bijak.. kita kena byk bersujud. Bermaksud kita kena byk solat. Solat yg sempurna khushuk..
Byk org kata... apa yg kita terlintas kt hati. Tersilap niat. Sengaja niat.. itulah doa... sewaktu aku hadir ke seminar... hati aku selalu kata... Wahhh camana nk jadi sukarelawan jugak... tiba2. Dpt offer. Bermaksud: setiap perkara yg kita wifi kepada minda.... akan jd kenyataan dengan kuasa Allah.
Di fesbuk sy ..ada 48 org yg nama Amalina...
Semuanya sy tk penah kenali. tertapi di setiap hari lahir mereka,
aku insyaAllah wish " Happy Birthday Amalina"
Tp cuma sorang yg sempat kenal. Sbb aritu ada bg mug free kpd Amalina.
Naper ada grup amalina.
Sbb ada 1 kali aku tgk oprah kt tv. Si mamat omputeh ni... dia berkenalan dgn 7 org yg sama nama dgn nya. Dia travel pegi
Berkenalan dgn 6 org lagi....
Betul ker ni... pakai baju harley davidson dpt 10% untuk subject global marketing.
Ngeh!... sapa ada.. bg sy pinjam jap!...
Atau sy cuma bawa..replika harley. D. . Hahaha.
Saya doakan Amalina dideraskan rezeki yang berkat serta tiada habisnya seperti makhluk Allah yang sentiasa mengelilingi Kaabah, sentiasa dalam keampunan dan peroleh rahmat-Nya.
Aamiin ya Rabb.
Amalina, adakalanya kita sering melakukan dosa yang sama.
Walau tahu dan sedar itu adalah dosa, kita tetap lakukan. Nafsu yang merentasi iman membuat kita kalah dalam bermujahadah.
Suatu saat, Allah beri kita sapaan. Sapaan yang buat kita tangisi dosa itu. Namun, kita tetap buat lagi. Terasa bersalah dengan Allah.
"Apakah Allah akan ampunkan aku, walau kerap kali aku memohon ampun, tetapi masih buat lagi?"
"Aku tak mampu berubah Allah. Kau tolonglah aku berhijrah mendekatkan diri dengan-Mu. Aku lemah Allah."
Andai dulu kita ahli tahajud, suatu saat kita jadi ahli tinggal tahajud.
Andai dulu kita soal awal waktu, suatu saat kita jadi seorang selalu lewatkan solat.
Andai dulu kita rajin baca Al Quran, suatu saat kita jadi seorang yang malas baca Al Quran walau 1 ayat.
Andai dulu kita rajin bersedekah, suatu saat kita jadi seorang yang kedekut.
Amalina,
Hidayah dan Taufiq, Allah boleh beri dalam masa kurang 1 saat, dan tarik dalam masa kurang 1 saat.
Oleh sebab itu, andai kita beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah baik atau diam.
Boleh jadi, di saat ini, kita adalah orang yang rajin bertahajud. Tetapi saat yang lain, Allah buat kita jadi ahli tinggal tahajud.
Boleh jadi, di saat ini, kita adalah orang yang tidak menutup aurat.
Tetapi saat yang lain, Allah buat kita jadi orang yang paling sempurna penutupan auratnya.
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az Zumar: 53)
"Seluas-luas pintu di dalam Islam adalah pintu taubat."
Allah menyatakan : "Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, kemudian engkau beristigfar, engkau pohon keampunan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli"
Tercoret satu kisah ...
Seorang hamba Allah ini melakukan maksiat. Dia ingin bertaubat dan ingin terus bermujahadah untuk tidak mengulangi perbuatan maksiatnya lagi.
Sedang dia bermujahadah, dia tergelincir.
Kata Allah : Hamba-Ku itu tahu dia ada Tuhan yang boleh ampunkan dosanya, dan bertindak padanya, Aku ampun dia."
Kemudian dia duduk beberapa lama, bertaubat sungguh-sungguh, kemudian tidak tahu bagaimana dia tergelincir lagi.
Hamba Allah berkata : Wahai Tuhan, aku telah buat dosa lagi, ampunkanlah daku.
Allah berkata : Hambaku itu tahu bahawasanya baginya ada Tuhan yang boleh mengampunkan dosanya, dan bertindak padanya, Aku ampun dia."
Selagi mana dia ikhlas untuk bertaubat, dia tergelincir lagi.
Allah berkata : Sesungguhnya hambaku itu tahu dia ada Tuhan yang boleh ampunkan dosanya dan bertindak padanya, Aku ampun dia."
Refleksi: Jangan pernah mengalah untuk menyerah kepada Allah, walau berkali-kali menjauh dari-Nya.