Friday, 29 May 2015

Jihad Membaca

Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat RaceBangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini.
Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:
  • Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
  • Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang
  • Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
  • Menjadikan wang bekerja untuk kita
Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”
- Robert T. Kiyosaki

Wednesday, 27 May 2015

Join Me

Change your tomorrow TODAY.
Conquer  the WORLD through reading.
Get and read this book.
Do it now! Get yours today.

Friday, 22 May 2015

Minat Bola

Saya bukan fanatik bola sepak.
Saya masih hairan kepada mereka yang begitu taksub dengan permainan bola.
Teringat zaman sekolah menengah. Iaitu zaman kegemilangan Hashim Mustapa. Masa tu kena buat projek sejarah jika saya tidak silap. Fokus kepada tokoh. Rata2 dalam kelas 2-8 masa tu... akan buat pemain bola sepak tersohor kelata pada ketika itu. Hinggakan ada yang bergaduh!. Hahaha.
Saya cuba nak fahami... apakah kepuasan tengok orang bermain bola.
Sehingga saya ke kelas MBA... geng fanatik bola international... mereka bincang pagi tu... macam buleh buat thesis. Setiap sudut sepakan diperhati.
Jadi saya cuba nak paksa diri meminati bola.
Ada yang sanggup ke UK.. demi nak tgk real perlawanan pasukan yang diminati.

Apapun... tak apa lah. Yang penting ENJOY &  HAPPY.

Tuesday, 19 May 2015

Zakat Emas

Merujuk kepada soalan:
Bilakah zakat emas patut  dikeluarkan?
===========================
Jawapan:
Apabila seseorang memiliki emas menyamai nisab semasa atau lebih dan telah cukup haul (setahun) ia wajib mengeluarkan zakat.
Ulama sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, maka wajib dikenakan zakat.
Kadar zakat ialah rubu’ al ‘usyur iaitu satu perempat puluh (1/40) atau dua setengah peratus (2.5%).
Emas yang disimpan seberat 85gm dan telah mencukupi satu tahun, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % daripada nilai semasa emas tersebut (termasuk juga emas yang rosak / patah).

Syaaban 2015

Hari ni...
Dh nk petang...
aku membilang hari puasa  di bulan Rejab...
Atuk  aku yg selalunya puasa penuh
Setiap kali Rejab.
Aku yang muda dan gagah perkasa
Tak terdaya.. asik pikir nak makan.
Tapi... Rejab dah abis.
Dah 1 Syaaban.... laju masa.
Belek2  catatan...
hari ni cukup 1 tahun pertama berkahwin.
TERIMAKASIH  KEPADA MA YANG SENTIASA DOAKAN DIRI INI.
Terimakasih  atas segala nasihat sabar yang diberikan. 

Saturday, 16 May 2015

Wasiat dan Hibah

Merujuk kepada soalan:

1) Apa beza wasiat  dan hibah. Dan bentuk penggunaannya?
2)  Beza hibah dengan sedekah.
➖➖➖➖➖➖➖➖
Jawapan:

DEFINASI WASIAT

الوصية  هي تمليك للغير مضاف لما بعد الموت.
maksudnya:
mempermilikkan sesuatu  kepada yang orang lain dengan disandarkan atau dikaitkan sesuatu itu sesudah mati

Iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia.

Namun demikian wasiat tersebut hendaklah terhad kepada sepertiga harta sahaja.

CIRI-CIRI WASIAT

Berikut adalah beberapa ciri dan prinsip wasiat :

1.  Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.

2.  Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.

3.  Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.

4.  Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.

5.  Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.

6.  Wasiat boleh ditarik balik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.

DEFINASI HIBAH

الهبة هي تمليك في الحياة بغير عوض.

Hibah itu ialah (suatu akad yang mengandungi) pemberian milik (oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain) pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela.

CIRI-CIRI HEBAH

1) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.

2) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.

3) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).

4) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.

5) Ia dibuat secara sukarela tanpa paksaan.

6) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu.

➖➖➖➖➖➖➖➖
Sekiranya pemberian itu untuk  mendapatkan pahala maka ia dipanggil sedekah.

Sekiranya pemberian itu untuk mendapatkan kemulian maka itu adalah hadiah.

والله اعلم...

By Baba Thoha.

Peringatan kematian kerana ianya pasti...

 Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya...