Saturday 16 May 2015

Wasiat dan Hibah

Merujuk kepada soalan:

1) Apa beza wasiat  dan hibah. Dan bentuk penggunaannya?
2)  Beza hibah dengan sedekah.
➖➖➖➖➖➖➖➖
Jawapan:

DEFINASI WASIAT

الوصية  هي تمليك للغير مضاف لما بعد الموت.
maksudnya:
mempermilikkan sesuatu  kepada yang orang lain dengan disandarkan atau dikaitkan sesuatu itu sesudah mati

Iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia.

Namun demikian wasiat tersebut hendaklah terhad kepada sepertiga harta sahaja.

CIRI-CIRI WASIAT

Berikut adalah beberapa ciri dan prinsip wasiat :

1.  Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.

2.  Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.

3.  Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.

4.  Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.

5.  Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.

6.  Wasiat boleh ditarik balik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.

DEFINASI HIBAH

الهبة هي تمليك في الحياة بغير عوض.

Hibah itu ialah (suatu akad yang mengandungi) pemberian milik (oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain) pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela.

CIRI-CIRI HEBAH

1) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.

2) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.

3) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).

4) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.

5) Ia dibuat secara sukarela tanpa paksaan.

6) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu.

➖➖➖➖➖➖➖➖
Sekiranya pemberian itu untuk  mendapatkan pahala maka ia dipanggil sedekah.

Sekiranya pemberian itu untuk mendapatkan kemulian maka itu adalah hadiah.

والله اعلم...

By Baba Thoha.

No comments:

Post a Comment

Bertindak Hari Ini Segera: Start Investing

Assalamualaikum semua Salam 16 Ramadhan.  Hari ini saya ingin kongsikan sedikit penulisan untuk dikongsi kepada kawan2 semua, dan kita sedia...