Thursday, 6 April 2023

Al Quran Maha Hebat

"𝐁𝐚𝐜𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐬𝐲𝐚𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚𝐧𝐲𝐚”

Al-Quran, Usia Tua & Pikun (Nyanyuk)

Bagi sahabat yang sudah mempunyai Tafsir al-Azhar, boleh baca dan tadabburi perkongsian Hamka tentang ayat 5 daripada Surah al-Tīn dan kondisi 'Ardhali al-'Umur' bagi sesiapa yang diberikan umur tua.

Hamka menulis pengalaman dan pemerhatiannya pada saudara perempuan ayahnya, Uaik Tuo Aishah, yang dibiasakan dengan wirid, mengaji dan menghafaz surah-surah lazim dari kecilnya.

Sehingga Uiak masuk usia 86 tahun, di mana sebelum beliau mula pekak-tuli namun tidak pikun. Kerjaannya hariannya adalah membaca al-Quran. Pekak-tulinya bukan penghalang.

Ketika sakit akan meninggal, mulut Uiak masih berkomat-kamit membaca al-Quran. Bahkan sebelum menutup mata, ia masih sempat tersenyum. "Saya mendengar suara-suara yang merdu membaca al-Quran." Katanya.

Uiak kemudian meminta anak cucunya yang mengelilinginya turut diam mendengar bacaan itu, padahal bacaan itu tidak didengar oleh mereka.

Uiak meninggal dalam keadaan tersenyum, barangkali dalam suasana mendengar suara mersmdu membaca al-Quran.

Titik.

Ada juga wanita tua, 80-90 tahun, menjadi amat pikun, semetara masa mudanya tidak pernah tinggal solat, namun al-Quran tidak pernah dipelajari, sibuk dengan matching penampilan zahir, kurang perhatian pada pengisian ilmu. Wa  al-'iyadhu billahi.

Wallahu a'lam

AIA

#TukangKebunRAMI
#MuhasabahBuatDiriku
#AlQuranPedomanHidup

No comments:

Post a Comment

Peringatan kematian kerana ianya pasti...

 Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya...