Terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
Ma, terima kasih kerana sentiasa mendoakan diriku.
Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah dosa kedua ibubapa kami. Masukkan ibu bapa kami ke dalam syurgaMu.
Terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
Ma, terima kasih kerana sentiasa mendoakan diriku.
Ya Allah Ya Tuhanku.. ampunilah dosa kedua ibubapa kami. Masukkan ibu bapa kami ke dalam syurgaMu.
tkder kata nk berkata2
tkder nilai nk menilai2
Ma terima kasih...
walaupun ucapan ini
tk bleh nk bayar dengan
segala pengorbanan yang diberi.
Ma terima kasih...
untuk setiap titip doa
untuk setiap ingatan rindu
untuk setiap ucapan semangat
Ma terima kasih
untuk semua peluang2 yang diberi
untuk semua belanja wang ringgit
untuk semua tunjuk ajar
semuanya tidak terbalas.
Ma... doakan anakmu ini.
Sesungguhnya doamu sgt ku tagih!.
Hari ni cuti... aku pulang ke kampung menemui mak dan adik2. walau pun sekejap. tkper.. asalkan aku pulang. belek2 album gamba... terjumpa gamba zaman aku di masa kanak2.
tertengok zaman kanak2... zaman kecik2... rasa yang sangat best. rasa bebas dari segala belenggu fikiran.
sambil2 taip ni... sbb henpon baru ada bateri.. otak aku kata" misi masih belum sempurna... banyak lagi yang mesti diteruskan".
tup2... baca plak ayat kiriman boss kt grup wassap... hati semakin berdebar. kepala macam tegang. aku mesti bersedia dengan segala cabaran. aku mesti kuat... semua MESTI.
Teringat zaman2 kanak2... aku pernah terminum minyak tanah. masih aku ingat lagi.. ma dan abah bergegas2 membawa ke hospital... hari ni aku jumpa kakak abah aku... kami mengira umur! syukur Ya Allah dengan segala pemberian nikmatMu.. panjangkan umur2 kami semua dalam kebaikan.. dan sudahilah kami dengan Husnul Khotimah.
Nak kata... kita jgn sesekali putus asa meminta dengan Allah. Allah sedang menguji kita. Mahu ditengok kebersungguhan kita. ... sila baca kiriman kak Zaidah. bagus!
.....
Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.
Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.
Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"
Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."
Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.
Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"
Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. wanita tua itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "
Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil disisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.
Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah mengakbul doa-doa anda."
Berkata wanita tua itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"
Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"
Wanita tua itu berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."
Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Saya lah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."
Jangan berputus asa untuk berdoa wahai sahabatku
Setiap kita ada hajat n rintihan trsendiri... perbanyakkanlah doa....
ni copy paste... baca dgn tenang.
jgn mudah terpelanting.
ngapa org kaya dijadikan contoh...
ngapa bijak pandai dijadikan model... dll.
tajuk sebenar:
Perjalanan Terjauh dan Terberat .
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Ramai orang kaya tidak mampu mengerjakannya yang sehari lima kali, bahkan banyak pula yang sekali seminggu pun (solat Jumaat) terlupa.
Tidak kurang juga seumur hidup tidak pernah pergi ke sana.
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Orang pintar dan bijak pandai pun sering tidak mampu menemukannya.
Mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah dan Amerika.Dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang tinggi.
Betapa sedihnya, ke masjid tetap juga menjadi perjalanan yang tidak mampu mereka tempuhi walau telah bergelar Profesor ataupun Doktor.
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Para pemuda yang kuat dan berbadan sihat, mampu menaklukkan puncak gunung Kinabalu, Merapi mahupun Kalimanjaro pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid. Alasan mereka pun bermacam-macam,ada yang berkata inshaAllah, ada yang kata sekejap lagi, ada yang berucap tidak selesa dipanggil orang warak.
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila sedari kecil kamu telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid.
Kerana bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan selain perjalananmu ke masjid.
Biar ku beritahu rahsia kepadamu,hakikatnya perjalanan mu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Rabb mu, bukankah masjid itu rumah Allah?
Inilah perjalanan yang diajarkan oleh Rasulullah saw,serta perjalanan yang akan membezakan kamu dengan mereka yang lupa akan Rabbnya.
Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.
Lakukanlah walau kita harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal Rabb mu kerana hanya inilah satu-satunya jalan petunjuk yang Rasulullah saw sabdakan yakni Sunanul Huda (jalan kejayaan hanya solat berjemaah di masjid)
*Hidup adalah pilihan. Kita lah yang berhak untuk memilih apa yang terbaik untuk kita lalui. Kita yang memilih untuk mengambil jalan selamat atau jalan sukar di perjalanan mendatang...Barzakh,Mahsyar dan As Sirat, sebelum ditetapkan tempat abadinya kehidupan kita yang sebenar-benarnya.
Tabik spring kt ketua darjah.
Dari sem 1 hingga last sem, asik siap awl jer bila musim exam.... subjek ni- aku plg
last hantar.. sbb telah ingat2 lupa jawapan! hahaha. siap ckp kt Pegawai jaga exam " encik sekejap... sy ada nk tulis lg" walhal masa dh time! .
Tawakkal . kpd Dr. Nor Azmi Hashim, bg lah sy lulus.
Seorang ahli ibadah yang bernama Abu bin Hasyim, seorang yang sentiasa solat sunat tahajud. Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah tinggal ...